Monday, July 16, 2012

Bab 5: Setia My Fiance

Bab 5
ENJIN kereta dimatikan sebaik sahaja memasuki perkarangan rumah. Azwan keluar dari perut kereta lalu membawa keluar barang-barang kerjanya dari bonet kereta.
Mak Timah membuka pintu utama untuk menyambut kepulangan majikannya itu.
“Assalamualaikum Tuan.”salam dihulurkan lembut oleh Mak Timah yang telah menjakau usia 70-an itu.
“Waalaikumussalam Mak Timah. Berapa kali Wan nak cakap? Panggil saya Wan je. Asyik bertuan-tuan je rasa macam diri ni tua sangatlah pulak.”gurau Azwan.
“Eh mana boleh macam tu Tuan. Nanti Cik Puan marah. Kita tak setaraf Tuan. Mak Timah hanya orang gaji sahaja dekat rumah ni.”jawab Mak Timah berpeluh-peluh. Kasihan Mak Timah.
“Mak Timah, saya ketua keluarga di rumah ini. Apa-apa sahaja perintah saya semua orang harus patuh baik Mak Timah mahupun Raina. So, Mak Timah nak ikut cakap siapa?”soal Azwan seperti mengugut.
“Ta.. tapi Tuan..”
No tapi-tapi. Lebih baik Mak Timah ikut cakap saya kalau tidak saya nyorokkan semua racun tikus kat rumah ni.
Hah, dengar tak tu Mak Timah? Bunyi cit cit cit! Sahlah tu bunyi tikus. Entah-entah dorang dah buat perkampungan tikus kut dekat rumah ni. Lagi-lagi dekat area bilik Mak Timah yang terletak sebelah dapur tu. Hurm, kompem!”sakat Azwan.
Sekali sekala Azwan suka mengenakan Mak Timah. Bukannya apa. Mak Timah terlampau takut sangat dengan Raina sampai semua arahan Azwan dibiar sepi. Siapa ketua keluarga dalam rumah ni sebenarnya?
“Alamak Tuan. Betullah. Eiii, janganlah macam tu Tuan. Mak Timah dahlah geli dengan binatang kecik badan berbulu tu. Yelah-yelah Mak Timah ikut cakap Tuan je.”terus Mak Timah mengikat janji dengan majikannya itu.
Promise Mak Timah?”
“Okey, Mak Timah pomis-pomis. Tuan eh eh silap, Wan janji tau jangan sorokkan racun tikus tu eh?”soal Mak Timah lagi bagi memastikan majikan sorangnya ni turut berjanji.
“Yelah Mak Timah, Wan pun pomis-pomis jugak. Okeylah, Wan naik dululah ya nak mandi. Dah bushuk badan Wan ni bermandi peluh satu hari.” Saja Azwan menekankan perkataan ‘pomis-pomis’ tu.
Mak Timah hanya tersenyum kambing sahaja apabila bahasa Inggerisnya di copy paste oleh majikan sendiri. Terkena sudah!

“HAI abang, lambat balik hari ni.”tanya Raina sinis.
 “Assalamualaikum.”salam dihulurkan. Saja Azwan ingin memerli Raina. Apa punya isteri suami balik dibiarnya orang gaji melayan. Lebih baik aku kahwin dengan Mak Timah daripada kahwin dengan kau!
Raina berdengus. “Waalaikumussalam.”Ada je modal laki ni nak perli aku.
“Orang banyak kerja tadi. Budak-budak hantar assignment hari ni so ambik masa sikit nak check hasil kerja dorang.” Butang kemeja dibuka. Panas betul hari ni.
“Owh banyak kerja. Budak hantar assignment ek? Bukan awak pergi jumpa budak hingusan tu ke tadi? What’s her name? Sara Mardi, right? What a lovely name.” Perli Raina pula.
Macam aku tak tau kau  ajak budak kampung tu pergi lunch tengah hari tadi. Siap ‘miss you’, ‘love you’ tu apa kejadah. Dah tak contact budak tu konon. Ingat aku bodoh nak percaya cakap kau bulat-bulat.
“Awak selongkar fon saya don’t you?” Segera Azwan berpaling menghadap Raina. Matanya mencerlung tajam ke arah Raina. Dia cukup pantang barang peribadinya diselongkar sesuka hati tanpa izinnya.
So betullah you masih contact budak tu. Hei Azwan! You sedar tak awak tu dah kahwin. Dah ada isteri pun tapi you masih berlagak bujang contact dengan perempuan lain. You ingat I siapa dekat rumah ni?”tengking Raina. MasyaAllah! Derhakanya Raina terhadap suaminya.
“Isteri? Siapa isteri aku? Aku mana ada isteri! Isteri apa bila suami balik isterinya menghadap televisyen tanpa menghiraukan suami sendiri. Masak malas! Sapu malas! Mengemas malas! Apa yang you rajin hah kalau semua benda nak harapkan Mak Timah sorang je buat. Buat bisol kat buntut siang malam?
“You.. you ni errghh! Dari dulu sampai sekarang hanya perkataan yang menyakitkan hati saja keluar dari mulut you untuk I. Apalah istimewanya perempuan tu? Apa lebihnya perempuan tu jika dibandingkan dengan I?” Geram! Geram!
“You tanya I apa lebihnya dia daripada you? Terlampau banyak perbezaannya Raina, terlampau banyak. Tapi yang paling penting dia bukan perempuan hina yang merampas kebahagiaan orang lain dengan cara tersangat keji sampai sanggup menjatuhkan maruahnya  sendiri semata-mata untuk mendapatkan sesuatu.
Aku bagi peringatan terakhir dekat kau. Jangan sekali-kali kau mengaku sebagai isteri aku lagi. Boleh bernanah telinga aku dengar perkataan tu lagi-lagi kalau perkataan tu keluar dari mulut kau!” Marah Azwan. Hambik kau sebijik!
Raina terpana dengan kata-kata Azwan sebentar tadi. Hina sangatkah aku? Hina sangatkah aku menagih cinta dari orang yang dicintai. Aku jadi hina camni kerana ingin hidup bersama kau Azwan. Tak sanggup aku melihat kau hidup dengan wanita lain selain aku.
Raina menekup mukanya. Azwan membiarkan Raina menangis teresak-esak di atas sofa tanpa sekelumit pun rasa bersalah akan kata-katanya sebentar tadi.
Azwan walau apa-apa pun kau tetap milik aku. Walaupun terpaksa mengadaikan nyawa orang lain aku sanggup! Janji kebahagiaan tu milik kita sayang.

Bab 4: Setia My Fiance

Bab 4
LARI-LARI Mar! Jangan tak lari!

Chaiyok chaiyok!

Nasib baik hari ni aku kenakan seluar jeans bukannya baju kurung. Kalau tak, maunya terkoyak kain aku. Habis terdedah betisku yang putih lagi gebu ni.

Pelajar-pelajar yang lain turut meluru keluar dari dewan kuliah. Ini membuatkan langkah Sara Mardi agak terbantut sedikit. Alahai, traffic jam pulak. Haih! Pihak kuliah ni takde hati ke nak tambah pintu lagi kat dewan ni? Haih! Sabar jelah.

Selepas berjaya keluar dari dewan kuliah, Mar segera membuka langkah menuju kearah pagar kuliah dengan segera. Shima pulak sudah tercungap-cungap di belakang cuba untuk menyaingi langkah Sara Mardi yang jauh berada didepan.

“Mar, apsal laju sangat kau jalan ni? Kejaplah wei, karang patah jugak kaki mulus aku ni.”

Siapa suruh pakai kasut tumit tinggi-tinggi. Awak tu dahlah tinggi pakai kasut tumit tinggi lagilah bertambah tinggi. Nanti aku sumpah jugak budak ni jadi bangunan KLCC no. 2 kat Malaysia ni karang.

“Kau ni berlari ke merangkak? Macam kura-kura pencen je aku tengok. Cepatlah sikit jalan tu. Nanti terserempak pulak dengan budak tu. Parli, parli (Cepat, cepat)!”

Budak ni karang aku hempuk jugak dengan kasut Symbonia aku ni kang maunya berlubang kepala dia. Ada ke samakan aku dengan kura-kura pencen. Aku masih muda bergetah lagi tau. Aku ni pun satu pergi beli kasut tumit tinggi 20 inci ni apa ke hal? Kan dah kena cop minah kura-kura dengan minah depan tu.

“Budak mana yang kau maksudkan ni, Mar?”tanya Shima. Kalau iya pun nak ajak aku buat senaman pagi, pilihlah timing yang sesuai sikit. Ni dah tengah hari! Ajak aku buat larian pecut mengalahkan atlet dikala matahari masih terletak gah diatas kepala apa kes? Habis cair make up aku. Masuk je kereta mesti terus touch up balik!

“Kau jangan banyak tanya boleh tak?  Nanti dia...”

“Mar!”                                           

Terlihat sesusuk badan yang segak dengan kemeja hitam dan bertali leher merah sedang menghampiri mereka.

“Allah! Panjang pulang umur mamat ni. Shima cepat Shima! He’s coming!” jerit Mar lalu menarik tangan Shima supaya berlari beriringan dengannya.

 Piiiiuuunnnnggg!!!

Mar membuka langkah seribunya untuk keluar  dari kuliah secepat mungkin. Cepat Mar, cepat! Jangan pandang belakang. Pergh! Dah macam filem seram je.

“Mar, wait! Awak nak pergi mana tu? Kan ki...”

“Nenek saya ada kat hospital sekarang. Tengah bersalin cucunya ke-12. Saya nak kesana sekarang sambut anak saudara pertama saya  ni. Lain kalilah kita sembang-sembang ye? Assalamualaikum!” jerit Sara Mardi dalam satu lafaz tanpa menoleh kebelakang.

Shima pula diseret Sara Mardi tanpa belas kasihan. Kasihan kau Shima. Nanti aku belanja kau Secret Recipe, okey?

AZWAN hanya melihat Sara Mardi berlalu pergi meninggalkannya tanpa menoleh kebelakang. 

Nenek bersalin cucu ke-12? Peliknya! Kenapa pulak anak yang dilahirkan oleh neneknya dikatakan cucu? Lagipun bukankah anak tersebut seharusnya dipanggil makcik kepada Sara Mardi? Argh! Dia ditipu lagi.

Azwan kecewa.

Sudah berapa kali dia mengatur pertemuan untuk bertemu dengan kekasih hatinya namun semuanya gagal. Dia hanya ingin berbual mesra dengan Sara Mardi untuk mengubati rindunya terhadap gadis itu.

Kenapa awak buat saya macam ni, Mar? Saya rindu dengan hubungan mesra kita. Gelak tawa awak, senyuman awak, suara awak, segala-galanya tentang awak saya rindu! Kenapa susah sangat untuk awak membuka kembali pintu hati awak untuk saya?

Saya call awak, awak tak angkat. Saya SMS, e-mail awak, awak tak balas. Saya nak jumpa awak, awak selalu mengelak.

Ini semua angkara engkau, Raina! Kerana engkau cinta antara kami diragut kejam. Kaulah penghancur benih-benih cinta kami ketika ianya sedang giat bercambah. Ini semua salah engkau!!! Bentak Azwan. Mata Azwan sudah kemerah-merahan menahan rasa antara rindu dan marah.

ARRGGHH!!!

Kedengaran Azwan mendengus . Dia meramas-ramas rambutnya. Dia benar-benar berasa tertekan sekarang!

“MAARRR!!!”

Ooo mak kau pon pon! Kus semangat.

“Apa masalah kau ni? Nasib baik kita dah turun dari kereta siap sempat melahap berpotong-potong kek ‘Secret Recipe’ lagi, kalau tak Inalillah je Kancil hijau pucuk pisang aku tu.  Dah lah kereta tu takde perlindungan insurans. Kena saman nanti duit kau aku rompak.”

“Kau boleh tanya apa masalah aku? Wei perempuan! Dahlah kau heret aku tanpa belas kasihan macam aku ni makhluk takde kaki nak jalan sendiri kat kuliah tadi. Habis jatuh imej aku diperlakukan sedemikian. Lepas tu kau main tolak je aku masuk kereta macam nak kidnap aku, kau boleh tanya apa masalah aku? Aku rasa lebih baik kau pergi hospital sekarang sebab orang yang bermasalah sekarang ni ialah engkau bukan aku!”luah Shima tidak berpuas hati.

“Ala la adik manis, jangan marah-marah nanti cepat tua. Aku dah belanja ‘Secret Recipe’ ni pun dah cukup baik tau. Dah kau cat walk lambat sangat sebab tu aku heret je. Kalau aku stop mulut kau tu mulalah pot pet pot pet tanya macam-macam so lebih baik aku heret kau, malukan kau, campak kau masuk dalam kereta supaya cepat sikit kita keluar dari kawasan kuliah tu. Ada faham?”terang Sara Marshanda selamba. Sebenarnya dia rasa bersalah juga berlaku kejam terhadap Shima. I’m sorry girl.

“Kejam!”hanya perkataan itu sahaja yang terlahir dari bibir Shima.

Sara Mardi kenal sangat dengan Shima. Rajuknya tak lama. Sebab itulah Sara Mardi selesa berkawan dengan Shima. Dia baik, peramah, dan mudah memaafkan orang lain. Setiap hari ada sahaja mulut becok itu bercerita. Tang itu, tang ini, this, that, here, there. Memang pengumpul dosa betul perempuan ni. Kadang-kadang dia juga turut join mendengar cerita-cerita panas dari wartawan yang tidak bertauliah seperti Shima. Sama-sama buat kebajikan mengumpul dosa. Hurm, bagus sangatlah tu!

“Apa yang dah jadi tadi? Apsal Prof Azwan panggil kau, kau lari?”tanya Shima. Hah, kan dah kata. Rajuknya tak lama. Nak kunyah fried rice sebatang pun tak sempat.

Err perlu ke aku jawab?”

“Perlu!”

“Kalau tak jawab tak boleh ke?”

“Tak boleh!”Shima menggeleng laju. Tak terkehel ke tengkuk tu?

Sara Mardi mengambil nafas sedalam-dalamnya sebelum memulakan mukadimahnya. Erk! Apsal lidah tetiba keras semacam nak lentok-lentok ni. Wahai suara apsal  kau tak mau keluar ni? Kemon lah!

“Cepatlah!” Dang! Shima menepuk meja.

“Dia bekas tunang aku!”laju sahaja aku menutur. Ops! Cepat-cepat aku menekup mulut dengan kedua-dua telapak tanganku.

“Hah! Tunang? Siapa pulak bertunang?”tanya Shima. Sambil menggaru-garu kepalanya. Banyak kutu kot?

Grr! Dah datang dah penyakit lurus bendul dia ni.

“Dia bekas tunang aku. Prof Azwan tu bekas tunang aku. Get it?”penatlah jadi kaset ulang-ulang cakap ni.

What! Biar betik bin itik kau. Cayalah! Baru masuk umur 20-an dah ada tunang. Pensayarah kolej sendiri pulak tu.”Shima kelihatan sangat teruja.

Correction, bekas tunang. Ex-fiance aku.”aku membetulkan ayat  Shima.

“Yelah-yelah whatever! Bukan sekarang ni Prof Azwan tu dah ada isteri ke? Kalau tak silap aku nama isteri dia errr Aina, Rina ke hape? Entah aku tak ingatlah.”

“Raina.”jawabku sepatah.

“Hah! Betul tu Raina namanya. So ceritalah what’s going on dengan relationship korang ni?”

Haruskah aku bercerita tentang masalah silam aku kepada Shima? Tapi aku tak sanggup mengingati semula peristiwa yang hampir-hampir membuatkan aku berputus asa dalam kehidupan. Nasib aku baik dengan adanya keluarga di samping aku dan tidak lupa juga tuhanku yang satu  iaitu Allah SWT.

 Mereka  tidak putus-putus memberi kata-kata nasihat serta dorongan dalam membimbing aku sehingga aku dapat menerima bahawasanya Azwan bukan untuk aku.  Siapa tahu Allah mungkin sudah ada perancangan yang terbaik untuk aku di masa hadapan kelak. Aku sebagai hambaNya hanya mampu berusaha supaya aku tidak terpesong jauh dari sisiNya.

Tanpa aku sedari air mataku gugur tidak semena-mena. YaAllah, apakah nasib aku dimasa hadapan kelak?

“Mar! Kau okey ke? Apsal kau nangis ni. Ya Allah! Kalau aku tau jadi macam ni sumpah aku tak tanya soalan camtu tadi. Mar, aku minta maaf!”Shima berasa bersalah yang teramat-amat terhadap sahabatnya itu.

“Shima, aku nak kau janji dengan aku yang kau takkan tanya soalan ni lagi selagi aku belum bersedia nak cerita dekat kau ya? Janji dengan aku Ma.”Sara Mardi menghulurkan jari kelingkingnya.

Shima menyahut jari kelingking Sara Mardi dengan jari kelingkingnya. Jari kelingking kami bertaut. Shima mengangguk laju.

“Okey aku janji. Asalkan kau jangan menangis lagi ya? Kalau kau ada apa-apa masalah kongsi je dengan aku. Aku sentiasa ada untuk kau. Ingat tu.”kata Shima prihatin.

“Terima kasih Shima. Kaulah kawan aku dunia akhirat.”hingus sudah meleleh bagai paip yang tidak ditutup ketat.

Kami berpelukan agak lama. Terima kasih Shima sebab memahami aku. Sesungguhnya aku sangat bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dikurniakan seorang rakan sebaik Shima kepada aku. Terima kasih Ya Allah.

Bab 3: Setia My Fiance

Bab 3

“ASSALAMUALAIKUM mak” salamku hulurkan bagi penyambut panggilan disana.

“Waalaikumussalam. Mar! Ya Allah! Kabare (Apa khabar)? Sihat siro nang kono (Sihat kau dekat sana)? Koyo nande study neh (Macam mana dengan studynya)?

Wong sihat walafiat weh (Orang sihat walafiat je). Study okey-okey je. Mak sihat? Bodo ayah, Farhan koyo nande (Mereka ayah, Farhan macam mana)? Wong nang kene rindu banget nang siro bodo (Orang kat sini rindu sangat kat korang semua)!”balas aku kegirangan.

“Alhamdulillah mak pun sihat. Ayah dengan adik pun sihat. Siro keh, wes ketemu yang berkenan ke gorong (Kau ni, dah jumpa yang berkenan ke belum)? Kalau gorong, ke mak ono calon-calon neh kabeh handsome-handsome kalah Aaron Aziz siro kuwi (Kalau belum, ni mak ada calon-calonnya semua handsome-handsome kalah Aaron Aziz kamu tu.”

Aiseyhman, mak dah taulah. Hikhik! Apsal mak tanya soalan cepu lemas camni? Alahai, nak jawab apa eh? Ala, orang tak nak kahwin lagilah mak! Why you do this to me! Orang tak nak jadi anak derhaka.

“Mak, Mar arek study desek (Mar nak study dulu). Lagipun Mar masih muda arek cintan-cintun koyo drama korea kuwi (Lagipun Mar masih muda nak cinta-cintun macam drama Korea tu). Mohlah mak (Tak naklah mak).”serba salah aku dibuatnya.

“Ke siro masih teringat meneh dengan lanang kuwi (Ke kau masih teringat lagi dengan lelaki tu)? Mak bukan apa. Mak arek yang terbaik untuk siro we (Mak nak yang terbaik untuk kau je). Past is past Mar. Mak dengan ayah siro ke semakin tuek bukannya semakin suwi semakin muda. (Mak dengan ayah kau ni semakin tua bukannya semakin lama semakin muda).”balas ibuku sayu.

Mak, pagi-pagi dah buka cerita sedih kenapa? Sob sob sedih rasanya!

IshRak noklah mak (Takdelah mak). InsyaAllah kalau ono rezeki neh, Mar akan nikah jugak (InsyaAllah kalau ada rezekinya Mar akan nikah jugak). Cuma gorong tekak masa neh meneh (Cuma belum sampai masanya lagi). Ojolah gawe wong sedih pepagi yang berbahagia koyo keh (Janganlah buat orang sedih pepagi yang berbahagia macam ni).”maafkan Mar mak.

“Hurm, rokpolah kalau wes koyo wunu ngomong siro tapi hujung minggu keh ojo lupa balik kampung (Takpelah kalau dah macam tu cakap kau tapi hujung minggu ni jangan lupa balik kampong). Wes lomo siro orak balik jenguk kami (Dah lama kau tak balik jenguk kami).”mak sudah berhenti mendesak. Lega!

“Okey, wong ingat kuwi (orang ingat tu). Jaga diri baik-baik ye. InsyaAllah Mar akan balik. Assalamualaikum.”

Waalaikumussalam.”



“MA oooo Ma! Dimana engkau!”panggil Sara Mardi dari arah ruang tamu.

Apa masalah minah ni panggil aku? Sibuk betullah! Orang baru nak landing baca novel kejap. Bosan sangat kut budak ni. Haih, payah betul dapat kawan yang kekurangan kasih sayang macam ni.

I’m coming! Kejap-kejap”sahut Shima.

Sesudah menuruni tangga Shima berjalan kearah sofa yang terletak di dinding rumah. Ya Allah! Buruknya rupa! Macam ni katanya anak dara? Baring mengangkang siap buat kuak lentang. Bekalan makanan ringan untuk sebulan pun siap dikepungnya.  

MasyaAllah! Pelahap sungguh kawan aku ni.

“Ya Allah! Banyaknya makanan! Twisties, Mr Potato, chocolate Cadbury, Cloud 9, Nips, Twiggies, biskut Jacobs semuanya kau nak bedal sorang ke?” terlopong Shima melihat pelbagai aneka makanan ringan disamping Mar yang sedang khusyuk melihat drama ‘Secret Garden’ di kaca TV.

“Orang laparlah Ma. Kau tau tak nasi goreng bungkus pataya aku tadi tertinggal kat kelas huhu. Merana perut aku menanggung kelaparan tahap mengganas sekarang ni. Ni semua kau punya pasal!”saja aku menyalahkan Shima. Dah lama tak cari pasal dengan budak ni. Huhu bestnyer!

Terbutang mata Shima apabila dirinya dipersalahkan 100%. Ni dah melampau ni!

“Hei Mar, kau tu yang tak menyempat-nyempat nak belah dari kantin aku pulak yang dipersalah. Dah tu kau balas dendam kat semua stok makanan ringan aku pulak tu. Ni yang buatkan kesabaran aku ditahap sipi-sipi nak kong ni. Bak sini!” Shima merampas semua makanan dari sisi Mar.

“Kejamlah kau ni! Tadi tu bukannya apa. Aku tak selesalah ditenung-tenung sedemikian rupa oleh mamat Shafiq a.k.a. buaya darat tu. Rasa macam tak pakai baju pun ada.”bela Mar.

Ooo tau pun malu. Habis tu yang kau tenung anak teruna orang takpe pulak. Dah-dah ketepi-ketepi beta nak duduk.”arah Shima persis raja. Raja pun tak sekejam kau, tau tak!

“Ma...”

“Hurm, nak apa kau?”

“Pergh! Brutal gila! Aku tanya baik-baik ni. Janganlah garang sangat.”

Hikhikhik! Yela, nak tanya apa? Silakan. Kalau ana boleh jawab ana jawablah. Kalau tak boleh harap maaflah. Tak dapek eden nak nolongnyer yob!” selorohnya.

"Errr camne ya? Err ala apa yang aku nak cakap tadi ek? Err.."fikirku cuba menyusun ayat.

Shima sudah menunjuk muka bosannya. Banyak pulak 'err' dia ni. Nak sendawa tak menjadi ke? Aik! Boleh ke camtu?

"Hah! Aku dah ingat. Camni..."

Shima masih dengan muka bosannya. Haish minah ni! Ringan je tangan aku ni rasa nak hempuk muka dia. Orang nak cerita ni cubalah pay attention sikit. Ni mesti time sekolah dulu cikgu mengajar kat depan dia duk gosip je kat belakang. Choi betul!

“Kalau mak kau suruh kau kahwin cepat pada usia yang masih muda dan tak berapa nak matang lagi macam sekarang ni, kau setuju tak?”tanyaku penuh berhati-hati.

“MESTILAH AKU NAK!!!”melompat-lompat Shima diatas sofa. Kau kalau jatuh tergolek gedebang-kedebum jangan minta tolong aku.

Mak aih! Gelojoh punya kawan. Sebut pasal kahwin laju je nak.

“Eh, mestilah nak. Lagi-lagi kalau dapat kahwin dengan abang Razwin tu. Memang terjamin hidup aku sampai 7 keturunan. Dahlah handsome, kaya pulak tu. Memang taste aku tu. Hurm, marvelouse!”Shima meluahkan angan-angan yang bersifat tidak berkemungkinannya itu.

“Boleh aku tambah sikit info kau tu tak? Dia playboy. Kau tau playboy? Shima, Shima. Kenapalah kau kemaruk sangat dengan crocodile land tu? Sudah terang tang-tang dia suka mainkan perasaan kaum hawa macam kita ni. Aku takut nanti kau akan jadi mangsa yang seterusnya.  Hah! Kalau betul-betul saat tu tiba, harap maaflah. Tak dapek eden nak nolongnyer yob!”

Apalah yang istimewa sangat dengan senior Razwin tu? Nothing special lah bak kata orang putih. Rupa tu memang ada, harta tu lagilah. Tak dapat aku bayangkan bertapa kayanya dia. Tapi kalau dah playboy tu memang tak terjaminlah ikatan para gadis yang pernah berskandal dengan dia. Tak sampai seminggu mesti dah clash.  

Hish! Kira kebal jugaklah jantan sekor ni. Aku rasa dalam sebulan tu adalah 3,4 kali kena tangkap kering dengan girlfriend dia yang duk tukar syif 24 jam dengan perempuan lain. Dan dalam waktu yang sama jugaklah penampar hinggap kat pipi jantan ni. Mana taknya, selamba dek je dia berlaku curang depan mata sang dara. 

Kalau akulah kan, bukan sekadar penampar  je aku bagi. Dengan sekali  high kick, lower kick aku kasi biar balik rumah mengangkang memanjang.

“Seperti pernah aku dengar ayat itu tapi dimana ya?”Shima meniru dialog rasmi bagi Yasin Senario.

“Tapikan Mar. Aku tengok renungan si Shafiq tadi tu macam has something been hidden je. Lain macam je aku tengok! Entah-entah dia pun duk syok kat kau kot?”Shima menjongket-jongket keningnya. Toing-toing. Siap ada bunyi tu!

“Aku rasa kau patut jumpa pakar bahasa inggerislah. BI kau betul-betul macam suweeey kau tau? Kau ni gila ke apa, Ma? Kau tak tengok pulak renungan girlfriend sebelah dia tadi. Tajam menusuk mata sungguh! Boleh buta aku macam ‘Kassim Selamat’ lakonan P. Ramlee tu. Lagipun dia tu sama je spesis macam Razwin.  Semua perempuan dorang nak try. Agak-agaknya kalau kambing belakang rumah mak ayah aku tu dipakaikan mini skirt pun dorang nak ngorat. Betullah cakap mak aku, kiamat dah nak dekat. Songsang sungguh perangai manusia zaman sekarang.”ngomelan aku panjang lebar.

“Kau tu jangan jual mahal sangat, Mar. Dah elok-elok laku nanti terus tak laku. Buat bazir je  mak kau simpan anak dara tak laku dekat rumah.

Minah bajet hot dengan pakaian sendat tak cukup kain tu? Huh! Harap je kaya tapi duit sekupang pun takde nak tambah kain kat baju-baju branded kat wardrobe. Kau jugak yang kata tadi Shafiq tu playboy. So, mungkin Katrina tu pun salah satu daripada stok sampingan dia.”

“Amboi-amboi kau, semangat je aku tengok kau nak satukan aku dengan Shafiq tu ya? Hah! Tu lagi bahaya. Entah-entah aku ni pun dia nak jadikant stok kasanova dia uhSorry to saylah but, aku tak berminat. Harap maklum.” segera aku bangun dari sofa  lalu menuju ke bilik tidur.

Hilang terus mood aku nak tengok ‘Secret Garden’ sekarang. Ni semua gara-gara lelaki. Mak suruh kahwinlah. Mamat sekor ni pulak asyik call akulah mintak hubungan terjalin balik. Sekarang ni, Shima pulak nak adjustkan aku dengan Shafiq. No way man!

Tetiba kedengaran deringan mesej masuk dari fon Nokia 3310 milikku.

Hai sayang,
Esok kelas I habis awal so bolehlah kita lunch
sama-sama eh?
I tunggu you depan dewan kelas you okey.

Good night sayang, sweet dreams...
From someone who MISS you... and always LOVE
you

SERABUT. Perkataan tulah yang mampu aku ungkapkan bertapa serabutnya kepala otak aku sekarang ni!

Hish! Apa masalah mamat ni. SMS macam-macam ‘I lap you’, ‘you lap me’ eii aku lap jugak muka mamat ni guna Clorox cuci jamban tu karang. Apa yang mamat ni nak dari aku sebenarnya?

Lebih baik aku pergi tidur dulu. Hal-hal ni semua esok-esok jelah aku fikir. Aku dan penat dan nak tidur.

Good night!

Bab 2: Setia My Fiance

Bab 2
AKU dan Shima berjalan beriringan kearah kantin kuliah bagi mengisi perut yang sedia berkeroncong untuk diisi dengan segera. Pagi tadi tak sempat nak breakfast disebabkan aku yang sibuk mengumpul air liur basi atas pillow.
Jangan main-main! Dah bermacam-macam peta dunia aku lakar atas bantal tu. Tiap-tiap malam aku dok menelaah bantal tu sampai ke pagi. Rajinkan aku?
Aku pergi cop tempat duduk manakala Shima pergi order makanan. Fuh! Nasib baik ada tempat kosong lagi. Ngam ngam je meja ni ada dua kerusi. Cantik!
Sementara menunggu ketibaan Shima membawa makanan ke sini, aku terasa seperti diperhatikan oleh seseorang. Apsal rasa macam ada orang tengah perhatikan aku ek? Toleh kiri toleh kanan. Depan dengan belakang. Mereka yang berada di sekeliling aku kehairanan melihat  aku yang berpusing 360 darjah tak tentu hala.
Ceh! Aku sendiri yang cari publisiti murahan kat sini. Takde pape pun. Mungkin perasaan aku je kut. Shima ni pulak apsal lama sangat ni? Dia ni pergi order makanan ke, buat kilang makanan?
“Tu dia hai! Teh tarik kurang manis dengan sepinggan nasi goreng pataya dan secawan milo ais dengan sepinggan nasi lemak sudah mai! Hurm, nyum nyum! Apa lagi, jemputlah makan. Lai lai.” teriak Shima.
“Kau ni dah buat tabiat ke hape? Bagi tahu macam nak buat pengumuman ajak Prince England makan sekali je. Awat hang lambat sangat? Hang tau tak perut aku dah dok main bermacam-macam lagu rock kapak minta pi diisi? Hang melengcong kemana sat  tadi?”soalku sambil kening dijongket-jongket untuk mengorek rahsia.
Shima mencebik. Huh! Ingat cantik sangatlah tu buat muka camtu. Tapi Shima memang cantik! Kulitnya yang putih kemerah-merahan. Bibirnya yang merah merekah terletak cantik di wajahnya. Tapi jika dibandingkan dengan aku, aku lagi jelita! Hoho! Bangga sikit.
“Hang ni tau-tau je cek melencong tadi. Cek pi skodeng abang sayang sat. Rindu cek kat dia ni tak dapat nak ditahan-tahan dah. Maunya cek mati dalam kerinduan kalau tak jumpa dia sehari. Hiuh! Tak sanggup cek.” Shima menunjuk reaksi gediknyalah pulak. Konon happy sangatlah tu. Piiirrrahh!
“Habis cek ni, nanti mati kebuluran hang tak fikir pulak? Ah, malaslah layan hang ni. Yelah, cek sedar cek ni bukan sapa-sapa. Sampai hati hang buat cek lagu ni sob sob!” sayu wajahku hanya disambut gelak bak mak lampir dari Shima. Kurang asam boy punya kawan!
“ Kau tak payahlah tunjuk muka seposen diskaun 50% kau tu. Kau tetap kawan aku dunia akhirat. Yelah-yelah orang janji tak kona-kona mana-mana lagi.” sahut Shima sambil tangannya diangkat seperti ketua pengawas sekolah yang sedang membacakan ikrar.
Aku hanya tersenyum melihat gelagat Shima. Aku bukannya marah sangat. Small matter what! Saje je nak menggedik buat rajuk muncung panjang sedepa. Lagipun aku takut duduk sorang-sorang kat sini. Kot ada orang plan nak kidnap aku yang comel ni. Maklumlah aku ni kan menjadi rebutan ramai hoho!
Zaman sekarang ni bukannya macam zaman dulu-dulu. Budak-budak sekarang lagi agresif dalam hal terlarang ni disebabkan minuman penambah tenaga yang dijual di kedai-kedai  yang berdekatan. Eh yeke? Suka-suki-kaki aku je menabur fitnah camni. Astaghfiruallahalazim!
Of courselah aku patut risau pasal perkara ni sebab aku pun ada seorang adik lelaki namanya Farhan Marwansyeikh. Tapi Syukur Alhamdulilah, dia pandai menjaga diri dia sendiri. Dia pun jenis bukan suka susahkan orang lain. Namun, itu tak bermakna dia tidak berkemungkinan terjebak dalam hal-hal ni. Yelah dia masih muda, keinginan untuk mencuba something new tu meluap-luap. Tapi aku percaya mak dan ayah telah memberikan pendidikan yang secukupnya kepada anak-anak mereka.
Ayah aku Muhd Affendi Ibrahim seorang penoreh getah. Pergh! Nama macam anak datuk je kan? Pernah jugak aku menanya kenapa nama ayah glamour sangat. Namun soalan aku hanya dijawab dengan sengihan. Tak pun ayah akan jawab, “Dah kat IC tulis camtu, nak buat camno lagi Mar?” hurm, yelah ayah oi. Manakala ibuku Sharifah Sakinah seorang petani di bendang sawah.
Namun aku tak pernah merasa malu untuk memperkenalkan diriku sebagai anak kepada seorang penoreh getah mahupun petani. Sebaliknya aku berasa bangga kerana dengan adanya orang seperti merekalah kita dapat merasa nasi sampai ke hari ni. Dengan adanya orang seperti merekalah industri perkilangan getah masih wujud  bergerak maju lagi. Bangga what? Cerita pasal dorang ni, tetiba terasa rindu pulak dengan mak, ayah, dan Wan kat kampung. Nanti nak call maklah kejap.
Hoi Mar! Kau ni dah mengelamun sampai  ke Paris ke? Tengok mamat selenge tu macam nak kasi tembus je muka budak tu? Kau ni dah tangkap cintan dengan mamat Shafiq tu ke?”
Sergahan Shima mengembalikan aku kealam realiti semula.
“Eh, apa kau tanya tadi? Sorry, aku tak dengarlah.” Soalku kembali. Terkebil-kebil aku melihat muncung Shima yang duk menunjuk ke suatu arah.
“Waduh, kau ni. Tengah melantak pun sempat berangan lagi. Tu hah, yang kau duk ushar budak Shafiq tu apsal? Kalau dah suka pun tak payahlah tenung dia macam kucing nak terkam ikan. Kau ni memang cari nayalah. Girlfriend dia dah tenung kau tu. Hah, mampus hang!”
Amaran Shima mengejutkan aku. What! Shafiq and the geng hanya tersengih-sengih melihat aku yang tidak keruan. Alamak! Dia pandang sinilah. YaAllah! Malunya aku. Mana aku nak letak muka aku yang dah merah macam ayam kena panggang ni? Girlfriend dia pulak merenung tajam kearah aku. Pergh! Mengancam tu! Dengan bulu mata palsu, eye shadow dark blue dia memang menggerunkan. Eii, agaknya kalau Farhan tengok ni maunya trauma tak nak sambung belajar.
Shima ni pun satu, bukannya nak tolong cover muka aku yang dah merah tak terperi ni. Lagi dia kasi laluan VVIP dekat mamat Shafiq tu tengok aku. Hampeh punya kawan!
“ Kau ni Ma. Dari aku terkam ikan kering tu lebih baik aku terkam nasi goreng pataya depan mata aku ni. Tak pun kau yang aku kunyah sampai lumat biar terpisah isi dari tulang baru tau. Tolonglah cover sikit! Ni tak, lagi kau kasi dorang bahan aku.” Marah aku kepada Shima.
“Mak aih! Wolfgirl betullah kau ni. Aku just kasi laluan kat kau supaya boleh ushar dia puas-puas. Huhu, tapikan berani jugak kau ni bermain mata dengan anak Dato’ Syazlan Muzaffar tu. Depan girlfriend dia pulak tu. Wuih! Bangga aku dapat kawan macam kau ni.” Shima menepuk belakang ku sambil mengalirkan air mata terharu palsunya tu. Debuk debuk! Walaweyh! Kau nak kasi patah riuk ke tulang-tulang aku ni?
“Sudah lah kau. Tak payah nak buat drama air mata  eyemore kau tu. Kalau jual pun tak laku, orang tak nak beli. Dah jom belah! Malu seyh duduk sini lama-lama.”gumam aku.
Weyh, jom mana woi? Ni semua siapa nak makan?” Hish, aku baru nak makan nasi lemak panas berlaukan kerang ni. Dahnya dia pulak ajak belah.
“Kau nak makan, makanlah. Cek punya cek pi bungkus!” tegasku.
Shima terkoncoh-koncoh membuntuti aku dari belakang. Aiseyh! Apa angin kawan aku sorang ni?

SHAFIQ HAIQAL melihat Sara Mardi dan Shima berlalu keluar dari kantin kuliah dengan senyuman yang tidak lekang dek bibirnya.
Yo bro! Tak habis-habis lagi ke kau duk ushar budak tu? Tengok budak tu dah lari dah sebab kau tengok dia macam nak mencabul je.”kata Izzul sambil menepuk bahu temannya itu.
“Hoi, mulut takde insurans ke? Sekali aku tenyeh mulut kau dengan paha ayam ni baru tau. Biar mati tercekik. Apa muka aku yang banyak punya handsome ni ada rupa muka pencabul ke? Kalau ya pun, kau orang pertama aku cabul biar hilang teruna kau. Nak?” balas Shafiq Haiqal sambil menyedut air Pepsi berkarbonatnya.
“Huuuuaaarrggghh! Abang handsome, ya abang manisku. Janganlah kau teruskan hajatmu yang terlarang itu. Sesungguhnya Allah SWT melaknat hambanya yang melakukan hubungan sejenis sesama insan. Tolonglah, aku awek pun takde janganlah meragut kesucian aku yang dah lama terpelihara ni.”Izzul separuh merayu. Takut sangat teruna dia hilang.
“Amboi, terus keluar mukadimah ustaz kau ya. Haha, aku pun tak nak lah kat kau. Aku belum gila lagi nak jadi gigolo kau tau. Badan dah lah tak hot, cekeding semacam je aku tengok. Agaknya kalau aku bandingkan kau dengan tiang lampu tu silap-silap tiang lampu tu lagi besar dari kau.”perli Shafiq Haiqal sambil ketawa. Kawan yang lain pun turut sama ketawa.
Izzul mencebik.
“Alahai bang, janganlah buat mulut camtu. Ni yang buat I lagi geram dengan you ni. Rraawww!” sakat Shafiq Haiqal lagi sambil membuat gaya tangan kucing mencakar.
Yang lain turut ketawa namun lagi kuat bunyinya. Kahkahkah!
“Hish kau ni! Sikit-sikit sudahlah. Bahaya betul lepak dengan korang ni. Dahlah! Aku chow dulu.” Izzul meninggalkan kawan-kawannya yang masih giat mentertawakannya.
“Sayang, jangan lupa date kita malam ni tau. I tunggu you. Tempat biasa okey!”laung Shafiq Haiqal sehingga semua yang berada di dalam kantin berpaling kearah mereka.
Hah sudah! Izzul mempercepatkan lagi langkahnya untuk keluar dari situ. Bertuah punya Shafiq! Eii, tak rela mak nak lepak dengan dia lagi! Bikin malu saja!
You ni asyik bersayang-sayang dengan orang lain. I ni sebelah you, you ingat tunggul kayu apa? Sempat lagi you bermain mata dengan budak kampung tu kan? Apa I ni tak cukup cantik ke untuk you?”marah Katrina. Aku sebelah dia je boleh pulak dia tenung perempuan lain.
“Apa masalah you ni? I just bergurau je dengan Zul tu takkan tu pun you nak marah? And for your information ya Miss Katrina, I just anggap you sebagai kawan I je tak lebih dari tu. What do you aspect from me?”Shafiq sebenarnya dah rimas dengan semua ni.
Tiap-tiap hari Katrina pasti akan berkepit dengannya kemana je dia pergi. Kalau boleh pergi tandas pun dia nak ceroboh masuk sekali. Tak ke gila namanya tu! Kadang-kadang nak lepak dengan kawan lelaki lain pun tak selesa. Mana taknya, nak discuss hal man between man pun susah sebab ada minah ni.
“Sampai hati you Fiq. You tau kan I sayangkan you. I sayangkan you lebih dari segala-galanya. I sanggup buat apa sahaja untuk you Fiq. Please Fiq! Jangan buat I macam ni.” Katrina menangis separuh merayu. Kenapa susah sangat kau nak terima aku dalam kehidupan kau Fiq? Adakah kau masih teringatkan arwah Amirah?
Sorry Katrina. I... I tak boleh. Cinta I masih untuk arwah Amirah. I sayang sangat kat dia Katrina. Could you understand me? Cinta pertama I, susah bagi I nak lupakan. You cantik Katrina. Ramai lagi yang minat kat you. I just anggap you macam adik I tak lebih dari tu.” tutur Shafiq lembut untuk memujuk Katrina.
And you was my first love! Memang! Memang ramai kat luar sana cuba nak tackle I tapi I tak layan! Because why? Sebab I in love with you! Nobody else but you! It was you Shafiq Haiqal! Mungkin you boleh anggap I macam adik you but not me! Please Fiq!”Katrina masih terus mendesak.
Shafiq Haiqal meraup wajahnya lalu terus bangun meninggal Katrina yang masih menangis teresak-esak.
Sungguh! Dia tidak mampu membalas cinta Katrina. Dia pernah mencuba untuk jatuh cinta lagi namun dia tidak mampu. Bayangan arwah Amirah sentiasa terbayang-bayang di benak fikirannya.
Amirah, kenapa kau pergi terlampau cepat sayang. Fiq rindukan Mirah. Rindu sangat!
Heart Chat Bubble