Monday, July 16, 2012

Bab 5: Setia My Fiance

Bab 5
ENJIN kereta dimatikan sebaik sahaja memasuki perkarangan rumah. Azwan keluar dari perut kereta lalu membawa keluar barang-barang kerjanya dari bonet kereta.
Mak Timah membuka pintu utama untuk menyambut kepulangan majikannya itu.
“Assalamualaikum Tuan.”salam dihulurkan lembut oleh Mak Timah yang telah menjakau usia 70-an itu.
“Waalaikumussalam Mak Timah. Berapa kali Wan nak cakap? Panggil saya Wan je. Asyik bertuan-tuan je rasa macam diri ni tua sangatlah pulak.”gurau Azwan.
“Eh mana boleh macam tu Tuan. Nanti Cik Puan marah. Kita tak setaraf Tuan. Mak Timah hanya orang gaji sahaja dekat rumah ni.”jawab Mak Timah berpeluh-peluh. Kasihan Mak Timah.
“Mak Timah, saya ketua keluarga di rumah ini. Apa-apa sahaja perintah saya semua orang harus patuh baik Mak Timah mahupun Raina. So, Mak Timah nak ikut cakap siapa?”soal Azwan seperti mengugut.
“Ta.. tapi Tuan..”
No tapi-tapi. Lebih baik Mak Timah ikut cakap saya kalau tidak saya nyorokkan semua racun tikus kat rumah ni.
Hah, dengar tak tu Mak Timah? Bunyi cit cit cit! Sahlah tu bunyi tikus. Entah-entah dorang dah buat perkampungan tikus kut dekat rumah ni. Lagi-lagi dekat area bilik Mak Timah yang terletak sebelah dapur tu. Hurm, kompem!”sakat Azwan.
Sekali sekala Azwan suka mengenakan Mak Timah. Bukannya apa. Mak Timah terlampau takut sangat dengan Raina sampai semua arahan Azwan dibiar sepi. Siapa ketua keluarga dalam rumah ni sebenarnya?
“Alamak Tuan. Betullah. Eiii, janganlah macam tu Tuan. Mak Timah dahlah geli dengan binatang kecik badan berbulu tu. Yelah-yelah Mak Timah ikut cakap Tuan je.”terus Mak Timah mengikat janji dengan majikannya itu.
Promise Mak Timah?”
“Okey, Mak Timah pomis-pomis. Tuan eh eh silap, Wan janji tau jangan sorokkan racun tikus tu eh?”soal Mak Timah lagi bagi memastikan majikan sorangnya ni turut berjanji.
“Yelah Mak Timah, Wan pun pomis-pomis jugak. Okeylah, Wan naik dululah ya nak mandi. Dah bushuk badan Wan ni bermandi peluh satu hari.” Saja Azwan menekankan perkataan ‘pomis-pomis’ tu.
Mak Timah hanya tersenyum kambing sahaja apabila bahasa Inggerisnya di copy paste oleh majikan sendiri. Terkena sudah!

“HAI abang, lambat balik hari ni.”tanya Raina sinis.
 “Assalamualaikum.”salam dihulurkan. Saja Azwan ingin memerli Raina. Apa punya isteri suami balik dibiarnya orang gaji melayan. Lebih baik aku kahwin dengan Mak Timah daripada kahwin dengan kau!
Raina berdengus. “Waalaikumussalam.”Ada je modal laki ni nak perli aku.
“Orang banyak kerja tadi. Budak-budak hantar assignment hari ni so ambik masa sikit nak check hasil kerja dorang.” Butang kemeja dibuka. Panas betul hari ni.
“Owh banyak kerja. Budak hantar assignment ek? Bukan awak pergi jumpa budak hingusan tu ke tadi? What’s her name? Sara Mardi, right? What a lovely name.” Perli Raina pula.
Macam aku tak tau kau  ajak budak kampung tu pergi lunch tengah hari tadi. Siap ‘miss you’, ‘love you’ tu apa kejadah. Dah tak contact budak tu konon. Ingat aku bodoh nak percaya cakap kau bulat-bulat.
“Awak selongkar fon saya don’t you?” Segera Azwan berpaling menghadap Raina. Matanya mencerlung tajam ke arah Raina. Dia cukup pantang barang peribadinya diselongkar sesuka hati tanpa izinnya.
So betullah you masih contact budak tu. Hei Azwan! You sedar tak awak tu dah kahwin. Dah ada isteri pun tapi you masih berlagak bujang contact dengan perempuan lain. You ingat I siapa dekat rumah ni?”tengking Raina. MasyaAllah! Derhakanya Raina terhadap suaminya.
“Isteri? Siapa isteri aku? Aku mana ada isteri! Isteri apa bila suami balik isterinya menghadap televisyen tanpa menghiraukan suami sendiri. Masak malas! Sapu malas! Mengemas malas! Apa yang you rajin hah kalau semua benda nak harapkan Mak Timah sorang je buat. Buat bisol kat buntut siang malam?
“You.. you ni errghh! Dari dulu sampai sekarang hanya perkataan yang menyakitkan hati saja keluar dari mulut you untuk I. Apalah istimewanya perempuan tu? Apa lebihnya perempuan tu jika dibandingkan dengan I?” Geram! Geram!
“You tanya I apa lebihnya dia daripada you? Terlampau banyak perbezaannya Raina, terlampau banyak. Tapi yang paling penting dia bukan perempuan hina yang merampas kebahagiaan orang lain dengan cara tersangat keji sampai sanggup menjatuhkan maruahnya  sendiri semata-mata untuk mendapatkan sesuatu.
Aku bagi peringatan terakhir dekat kau. Jangan sekali-kali kau mengaku sebagai isteri aku lagi. Boleh bernanah telinga aku dengar perkataan tu lagi-lagi kalau perkataan tu keluar dari mulut kau!” Marah Azwan. Hambik kau sebijik!
Raina terpana dengan kata-kata Azwan sebentar tadi. Hina sangatkah aku? Hina sangatkah aku menagih cinta dari orang yang dicintai. Aku jadi hina camni kerana ingin hidup bersama kau Azwan. Tak sanggup aku melihat kau hidup dengan wanita lain selain aku.
Raina menekup mukanya. Azwan membiarkan Raina menangis teresak-esak di atas sofa tanpa sekelumit pun rasa bersalah akan kata-katanya sebentar tadi.
Azwan walau apa-apa pun kau tetap milik aku. Walaupun terpaksa mengadaikan nyawa orang lain aku sanggup! Janji kebahagiaan tu milik kita sayang.

No comments:

Post a Comment

Heart Chat Bubble