Monday, January 14, 2013

Bab 9: Setia My Fiance



Bab 9
Tak guna punya pakcik guard! Ada pun asyik membuta je. Makan gaji buta! Nasib baik tak betul-betul buta. Kalau tak, kesian aku dengan kuliah aku yang dikatakan antara kolej yang terbaik di Malaysia hanya mampu mengupah seorang OKU sebagai pegawai keselamatan. Aku kejam? Pakcik guard tu lagi kejam! Tak nampak ke bukan main kuat aku hempuk cermin tingkap minta pertolongan. Tak cukup tangan dengan kaki-kaki sekali aku tendang cermin tu. Elok pula pakcik guard tu tukar posisi tidurnya lagi. Memang sumpah seranah aku dengan pak guard sekor ni!

Sekarang aku berhadapan dengan manusia entah siapa-siapa gerangannya. Dia kenal aku ke? Apsal aku tak kenal dia? Cucu Tok Cik aku ke? Tapi apasal aku tak kenal? Mungkin saudara jauh. Lengkuk muka macam manusia import je. Sah! Langsung takde pertalian darah dengan aku. Keturunan jawa mana ada spesis putih melepak camni. Yang ada pun macam aku ni. Tu pun putih kuning langsat je. Yang dia ni pulak dari tadi diam tak bersuara apahal. Tadi dalam kereta bukan main kuat menjerit suruh aku diam. Ada ke orang nak diam bila diculik? Logik tak logik manusia ni?

Lelaki ni pun satu. Entah apa je yang dilihatnya disebalik kaca mata hitamnya itu. Misteri bukan? Yang aku tahu dia sedang merenung aku. Sudah duduk menghadap aku sudah tentu-tentu direnungnya ialah aku. Gerun pula rasanya. Nasib baik hensem lagi-lagi janggut sejumput di bawah bibirnya. Comel sungguh! Oh sudah datang penyakit miangku. Alah macamlah dia tahu apa yang difikirkan aku sekarang.

Waiter!” panggil lelaki itu. Bersuara juga kau ye.
Waiter? Dimana sebenarnya aku? Bukan sepatutnya aku dalam store usang yang ditinggalkan seperti dalam movie? Aha, aku sekarang ada di sebuah hotel five stars yang menghidangkan masakan dari negara-negara barat yang bertaraf antarabangsa. Terkejut beruk jugak aku bila dipaksa masuk kedalam tanpa perikemanusiaan. Seorang pelayan lelaki yang segak berkemeja putih mengajak kami ke meja yang terletak agak tersorok kedudukannya. Atau senang citer, meja yang terhujung dunia sekali.

Lelaki itu begitu khusyuk dengan menunya. Cik abang oi, dalam ni tertutup dari sinaran mentari. Kok dipakainya lagi cermin mata itu? Apa buta? Hurm dua kali lima jelah dengan pak guard kuliahnya. Sama-sama takde kerja, sama-sama buta. Eh, entah-entah dia ni kawan pak guard tu. Sama-sama komplot culik anak orang berada. Ish! Tak mungkin. Tengok daripada brand pakaian lelaki ni macam mahal je. Siap belanja makan kat hotel mewah lagi apa kes? Lagipun aku bukan kaya. Papamamakedana adalah! Dah kaya nak culik orang buat apa ye dak? Hurm. Terlampau banyak berfikir naik biul kepala otak aku.

“Nak makan apa?” soal lelaki itu. Aku terkejut dengan pertanyaannya secara tetiba itu. Aku tersenyum tawar. “Pape pun boleh.” satu, dua... TIGA patah perkataan jawapan diberikan. Cukup syarat sama bilangan dengan patah perkataan soalannya. Aduh, berapa lama lagi aku nak duduk kat sini. Pukul berapa entah aku sampai rumah nanti agaknya. Mesti Shima duk membebel pasal aku.
“Ehem.” lelaki tu berdehem pulak. Apahal lelaki ni. Ajak gaduh ke hape? Eh, jangan cari naya Mar. Mahunya dia sorok pistol dalam poketnya. Mati bersemadikan kerusi kayu je kau karang. Aku menarik nafas lalu dihembuskan. “Huurm..” kedengaran.

Lelaki tersebut bangun dari sandarannya. Kini tangannya yang bersilang diletakkan diatas meja. “Uhurm!” lelaki itu berdehem lagi. Dah pulak. Memang cari gaduh betul lelaki ni. Lepas ni apa pulak. Aharm? Allahyarham? Ohorm? Oh hohoho Merry Christmas! Tu dah jadi Santa Claus versi hensem. Aku buat tidak dengar sahaja. Dah tahu sakit tekak tu telanlah hacks sebiji, dua biji, ke sepuluh biji kasi cepat pengsan biar berangin buurrr gitu.

Selesai makan, keadaan sepi seperti sebelumnya. Sekurang-kurangnya waktu makan tadi ada juga bunyi ting ting sudu garpu berlaga. “Awak memang bisu eh?” kata lelaki tu selambe hensem camtu. Aku terkejut bukan kerana takut disergah tapi lebih kepada geram. Suka hati dia je nak kata aku bisu. Aku menyabarkan hati. Kemudian, lelaki itu melemparkan senyuman yang... alahai tergoda hambamu ini, sembah patik harap  diampun. Hish! Melalut sudah kau ni Mar.

“Saya tahulah saya hensem tapi tak payahlah nak show off sangat muka terpegun awak tu. Tapi takpe. Saya dah biasa.”kata lelaki itu selambe hensem lagi dengan senyuman sumbing tahap perasan. Mengapa perlu penambahan hensem disitu? Okey sekarang tak hensem dah, tapi ANNOYING!

“Hensem ke? Annoying adalah.” Tanpa sedar aku terluah kata-kata yang hanya patut didengar oleh hati aku sendiri. Aku menggigit lidah.

Kelihatan lelaki itu terkejut dengan kataku dari gerakkan tubuhnya. Alamak, habislah aku! Hanya seketika, suara deraian orang ketawa kedengaran.
Hah. Dia ketawa? Apa aku buat lawak ke tadi. Bukan patutnya dia rasa marah. Betul tak betul orang ni?

“Awak ni kelakarlah Sara. First time tau perempuan kata saya macam tu.” Lelaki itu menyambung semula ketawanya. Wow, interesting! Lelaki ni tahu nama aku. Rasa macam orang ternama pula.

“Awak ni dah kenapa tergelak-gelak macam orang tak betul?” marahku. Dah macam kenal lama pulak kitorang ni. Padahal kitorang berjumpa pun atas kes jenayah yang disengajakan oleh lelaki ini.

Saki baki ketawa cuba diredakan. Penat ketawa, dicapai gelas berisi air kosong disisi mejanya. Lega.  Lelaki itu menghadap Sara Mardi semula dengan senyuman yang tak lekang dibibir. Wajah di rapatkan lagi kearah Sara Mardi. Sisa air yang diminumnya dari bibir mengalir mengenai janggut sejumputnya lalu menitik jatuh. Wah, seksi banget! Kalau macam nilah, hari-hari kena culik pun takpe kalau dapat menghadap makanan sedap-sedap dan encik penculik yang  macho lagi stylo camni. Haish, memang parah kau ni Mar.

“Alahai Sara. Takkan bakal tunang sendiri pun tak kenal?” lelaki itu memberi hint yang sudah terang lagi bersuluh jawapannya. Hanya tinggal untuk pengesahan sahaja. Sara Mardi terkejut. Tunang? Aku menilik muka lelaki itu sedalam-dalam yang mungkin. Tunang aku? Dia tunang aku ke? Janggut sejumputnya aku rentap. Lelaki itu mengerang kesakitan. “Itu yang betul punyalah!” marah lelaki itu. Aku melepaskan janggut sejumputnya. “Err sorry.” Kemudian aku merentap pula misainya. Ahah, misai palsu! Cermin matanya pula ku rampas.

Sah! Ini dia. Aku terkedu. Mata kami bertentangan membawa rama-rama bahagia berterbangan. Cuma seketika, api yang dijinak kini mula membara membakar segala bengang yang ada. Argh! Tak guna! Tak guna!

Tak guna punya Shafiq Haiqal!!!


“Shafiq Haiqal! Dasar sengal! Awak ni takde kerja lain ke nak buat daripada buat orang lain takut tahap nak terkucil aku dalam kereta tadi? What’s on your mind, bro?” marah aku meminta penjelasan. Seriously, kalau tak fikir aku ni kat mana sekarang maunya terbalik meja ni dilambung, ditebar buat roti canai.

Shafiq Haiqal hanya tersenyum menggoda. Sorry young man, it’s quiet not handsome anymore. Keep it!
“ Jangan cepat marah you. I sahaja nak buat surprise untuk bakal fiance I ni. Surprise tak you? I sahaja masukkan sedikit babak suspen kasi lebih thrill lagi. Baru nampak real meletop gitu!” Tangannya di angkat kemudian pantas didepakan seperti ada bom meletup di situ. Apa ke bangang sangat punya taktik!
“Holla, Mrs Amigos. Awak mesti mempunyai masalah otak yang sangat serius disitu. Saya nasihatkan awak supaya berjumpa dengan pakar doktor yang terbaik didunia agar wayar yang terputus dalam kepala awak yang tingtong itu segera dibaiki. Apa punya taktik yang awak pakai. Or awak dah kehabisan idea untuk mengorat saya.” Ngorat aku? Cit, dey minachi. Kau yang tergoda dengan dia tadi.
“Eh, tak payah ngorat pun dah nak tunangkan? Lagi senang. Lepas tu terus kahwin.” Lelaki tu mengangkat kening kanannya. Aku menelan air liur. Kahwin? Huwargh! Apa yang kau fikir setan!
“Wait. Siapa nak kahwin dengan awak? Bertunang pun saya tak rela ni kan pulak kahwin. Girlfriend awak yang berduyun-duyun habis satu kitab menackle awak hafal nak dapat tu awak nak campak mana? Nak kahwin, kahwin jelah dengan dorang. Jangan libatkan saya.”
“Dorang tu spare part saya je. Tapi awak lain. Awak main coursenya. Sedap. Manis, lembut dan pedasss... rasanya. Susah nak dapat spesies macam ni.” Perkataan pedas di panjangkan desirannya.
“Whatever Mr. So whoever. Hari semakin lewat dan saya nak balik.” Sara Mardi menjinjing beg tangannya. Kerusi kayu berukiran bunga ditolak kebelakang. Kaki melangkah ingin berlalu. Teringat akan sesuatu, langkahnya terhenti. Badannya dipalingkan ke arah Shafiq Haiqal. “By the way, saya ni bukannya biadap sangat. Masih tahu adab dan sopan. Thanks for the food. Sedap sangat.” Badan dibongkokkan paras lutut. Lebih afdhal sekiranya di sujud terus.
“Nak rasa lagi jangan malu-malu jumpa saya. Saya sedia membelanja.” Pesan lelaki itu. Langkah Sara Mardi dipercepatkan tahap kelajuannya. Ni kali terakhir aku makan dengan mamat ni. Lepas ni, tak akan!
Mata Shafiq Haiqal menyoroti langkah Sara Mardi sehingga bayang gadis itu hilang dari pandangan. Haih, jual mahal pulak perempuan ni. Nasib baik comel. Shafiq Haiqal tersenyum sendiri.

Heart Chat Bubble