Friday, September 14, 2012

Bab 6: Setia My Fiance

Bab 6
KLIK! Pintu rumah dipulas. Ruangan tamu kelihatan gelap. Sepertinya Shima belum pulang dari rumah keluarganya. Alamat tidur soranglah aku malam ni.
Suis lampu dan kipas dibuka. Tik tik! Terus cahaya menerangi setiap sudut. Kipas berpusing memberi udara nyaman mengeringi peluh yang kian membasah. Sara Mardi merebahkan tubuhnya di atas sofa lalu mencapai remote TV. “Ada citer apa sekarang?”punat merah ditekan.
“Assalamualaikum dan salam hormat. Buletin Utama.  Berita sepasangan remaja iaitu Syafiq, 16 tahun manakala Yana, 14 tahun yang melangsungkan perkahwinanan mereka pada 25 Julai 2012 lalu telah menggemparkan negara ini”
What! Kahwin? 16, 14 tahun? Sara Mardi menguatkan lagi volume TV nya.
“Ramai yang membuat kesimpulan bahawa kahwin pada usia sebegini adalah sangat terburu-buru. Pelbagai soalan timbul bagaimana mereka ini ingin menyara dan fokus kepada pembelajaran jika sudah berkahwin pada umur muda. Jika dipandang dari aspek dan sudut agama, ianya adalah dibenarkan sama sekali kerana dapat menghindari maksiat. Semoga masjid yang dibina mereka mendapat keberkatan dan diredai Allah. Baiklah, buletin seterusnya…”
Zuup! Punat merah di tekan.
Sara Mardi membuka tudung yang membaluti kepalanya lalu menghempaskannya ke lantai. Dia termenung seketika mengenang nasib yang bakal menimpanya. Tiktok tiktok masa berjalan. Tanpa disedari jam sudah menunjuk 9:30 malam.
Sara Mardi menarik nafas sedalam-dalamnya lalu menghembusnya keluar membuatkan dadanya naik dan turun. Hurrhh. Sara Mardi melepaskan keluhan berat.
“Ookey. Sekarang aku tengah bermimpi ke hape? Aku harap sangat yang sekarang ni aku baru terjaga dari mimpi ngeri dan sketsah yang berlaku kat kampung sebentar tadi semuanya hanya khayalan semata-mata.”
Sara Mardi menepuk-nepuk pipinya untuk meyakini bahawasanya dia masih bermimpi. Tiba-tiba bau masakan tempoyak  menerjah masuk ke lubuk lubang hidungnya. Huhm huhm, sedapnya. Eh, ni masakan tempoyak mak aku ni.
Sara Mardi mencium lagi tangannya. “Hurm, sahlah bau tempoyak!” Eh, kejap-kejap. Jadi aku tak bermimpilah. So semua yang berlaku tadi semuanya benar-benar berlaka bukannya cobaan?
Ahhhaaarrgghh! Sara Mardi baru teringat dia sempat menjamu selera masakan tempoyak ibunya sebelum dia berangkat pulang kemari.
 YaAllah, beritahulah kepada hambaMu ini. Adakah ini keputusan yang harus ku turuti untuk mengembirakan kedua-dua orang tuaku? Adakah ini keputusan yang terbaik untuk kebahagiaan masa depan aku?
“Aku, aku masih muda. Aku nak belajar. Aku punya cita-cita untuk berjaya hingga ke menara gading, bukannya menara KLCC jadi makcik cleaner, bukan. Aku masih punya banyak tanggungjawab terhadap ibu bapaku. Aku nak dorang hidup senang dengan hasil duit kerjaya aku sendiri. Kenapa semua ini berlaku secara tiba-tiba? Takkan secepat ni ayah dengan mak nak jodohkan aku?”
“AYAH tak kira! Mar kena bertunang jugak dengan anak kawan ayah hujung bulan ni. No reason, no deduction, and no statement or action indicating disapproval from you!
 Terlopong mulut kami sekeluarga mendengar ayah bercakap Inggeris. Lebih-lebih lagi aku. Terkejut pasal bakal ditunangkan satu. Ayah cakap Inggeris? Wow, bapak aku speaking London beb!
“Hah, apa korang duk terlopong sangat tu? Terkesima korang dengar ayah berspeaking. Apa korang ingat ayah ni kuno sangat. Ayah baru je belajar cakap omputih dengan imam surau kita yang baru balik dari USA tu. Pergh, sekali sekala dipraktikkan rasa macam suara Brad Pitt je.”ayahku mula perasan.
“Uih, patutlah Mar ada dengar suara Leonardo DiCaprio je, suara ayah rupanya. Cayalah ayahku!” Sara Mardi memuji sambil kedua-dua ibu jarinya diangkat tinggi. Kembang kempis jadinya hidung Pak Brahim.
“Eleh, kau tak payah puji melambung-lambung kedebum-kedebaboom pun ayah dah lama sedar. Kau jangan nak ubah topik yang asal ya Mar. I dont care, you want or you dont want you must get engaged this end of month. Got it?” Pak Brahim menegaskan arahannya.
“But daddy... eh eh terspeaking sekali pulak hehe. Tapi ayah, Mar baru je mengjangkau usia 20 tahun 5 bulan dan 3 hari. Segulung ijazah pun Mar belum sempat pegang. Lagipun Mar tak kenal pun siapa kawan anak ayah tu. Entah macam mana perangai dia? Okey ke tak? Entah-entah hidung senget sebelah sebab tulah keluarga dia senang-senang je nak kahwinkan anak dia dengan orang macam kita ni ayah.”Sara Mardi meluahkan apa yang dirasakannya kini.
“Amboi-amboi, mentang-mentah hidung siro mancung terpacak gah nang kunu sodap-sodap cangkem siro weh arek mengata bocah kuwi (mentang-mentang hidung kau terpacak gah kat situ sedap-sedap mulut kau je nak mengata budak tu).” Puan Sharifah yang tadi hanya mendiamkan diri kini mencelah.
Berkerut-kerut dahi Pak Brahim memahami bahasa isterinya yang satu itu. Waduh! Gua enggak paham ini. Farhan Marwansyeikh hanya tersenyum melihat gelagat mereka.
“Mak, ojo ngomong this language (jangan cakap bahasa ni). Ayah tak faham. Speak in Malay please, thank you.” Farhan Marwansyeikh pulak menyampuk.
Puan Sharifah menggaru kepalanya. Aku cakap apa? Melihat suaminya yang bagai kek lapis didahi, Puan Sharifah terus menyengih. Jowok terkeluar sudah. Dia tahu suaminya ini walau pun telah 23 tahun hidup bersama, Pak Brahim masih belum dapat menguasai bahasa jawa. Yang dia tahu ‘arek mangan (nak makan)’, ‘gaweh banyu (buatkan air)’ dengan ‘arek metu (nak keluar)’ tu je.
“Oho thank you my son. Okey sampai mana tadi? Hah tu namanya tak kenal maka tak cinta. Ayah dengan mak kau ni pun dulu dijodohkan atas permintaan orang tua jugak. Alhamdulillah, hidup kami bahagia je walaupun dalam serba kekurangan. Siap dapat pakej anak dua, sorang perempuan sorang lelaki pulak tu.” Pak Brahim mengimbau semula kisah lalu mereka.
“Kau dengar jelah cakap ayah kamu tu. Kami buat semua ni untuk kebaikkan kau. Lagipun keluarga kawan ayah kamu dah banyak berjasa dengan keluarga kita. Kalau tak dah lama kita merempat entah dimana-mana. Kami tak sanggup kecewakan perasaan dia.” Puan Sharifah cuba memujuk anaknya. Mengingati kesungguhan lelaki itu untuk menjodohkan Mar dengan anaknya hati Puan Sharifah dihambat rasa simpati.
“Waktu tu mak dengan ayah pun umur dah 20 keatas. Mana aci Mar dijodohkan awal. Hish tak naklah Mar. Senang citer mak jodohkan jelah anak dia dengan Wan. Takkan dia takde anak perempuan kut?”Sara Mardi menyerah masalah tu kepada Farhan.
 Membutang mata Farhan Marwansyeikh pabila dia juga turut ditarik masuk dalam permasalahan ini.
“Akak ni dah gila apa? Orang SPM pun belum pass lagi. Nanti nak kasi makan apa anak bini Wan kalau pendapatan takde sebab kelulusan SPM hancur?” Farhan Marwansyeikh menolak mentah-mentah idea K.O. kakaknya tu.
Pak Brahim dan Puan Sharifah menganguk kepala tanda mereka turut bersetuju dengan alasan bernas dari Farhan Marwansyeikh.
Sepertinya mereka telah mengadakan mensyuarat sulit tanpa pengetahuan aku. Semuanya macam dah sepakat membawa berkat je. Nampaknya aku terpaksa mengalah. Bendera putih pun dinaikkan.
Pak Brahim, Puan Sharifah dan Farhan Marwansyeikh bersorak kemenangan. Tejuih-juih bibir Sara Mardi melihat gelagat mereka bertiga.
“Nak bergumbira pun cover-coverlah sikit. Hurm, siapa bakal calon tunang Mar yang duk disebut-sebutkan tu? Mai bak sini.” Sara Mardi malas nak berdebat pasal masalah ni. Lagipun orang kata jodoh yang direstui keluarga ni hidupnya bahagia.


Heart Chat Bubble