Bab 4
LARI-LARI Mar! Jangan tak lari!
Chaiyok chaiyok!
Nasib baik hari ni aku kenakan seluar jeans bukannya baju kurung. Kalau tak, maunya terkoyak kain aku. Habis terdedah betisku yang putih lagi gebu ni.
Pelajar-pelajar yang lain turut meluru keluar dari dewan kuliah. Ini membuatkan langkah Sara Mardi agak terbantut sedikit. Alahai, traffic jam pulak. Haih! Pihak kuliah ni takde hati ke nak tambah pintu lagi kat dewan ni? Haih! Sabar jelah.
Selepas berjaya keluar dari dewan kuliah, Mar segera membuka langkah menuju kearah pagar kuliah dengan segera. Shima pulak sudah tercungap-cungap di belakang cuba untuk menyaingi langkah Sara Mardi yang jauh berada didepan.
“Mar, apsal laju sangat kau jalan ni? Kejaplah wei, karang patah jugak kaki mulus aku ni.”
Siapa suruh pakai kasut tumit tinggi-tinggi. Awak tu dahlah tinggi pakai kasut tumit tinggi lagilah bertambah tinggi. Nanti aku sumpah jugak budak ni jadi bangunan KLCC no. 2 kat Malaysia ni karang.
“Kau ni berlari ke merangkak? Macam kura-kura pencen je aku tengok. Cepatlah sikit jalan tu. Nanti terserempak pulak dengan budak tu. Parli, parli (Cepat, cepat)!”
Budak ni karang aku hempuk jugak dengan kasut Symbonia aku ni kang maunya berlubang kepala dia. Ada ke samakan aku dengan kura-kura pencen. Aku masih muda bergetah lagi tau. Aku ni pun satu pergi beli kasut tumit tinggi 20 inci ni apa ke hal? Kan dah kena cop minah kura-kura dengan minah depan tu.
“Budak mana yang kau maksudkan ni, Mar?”tanya Shima. Kalau iya pun nak ajak aku buat senaman pagi, pilihlah timing yang sesuai sikit. Ni dah tengah hari! Ajak aku buat larian pecut mengalahkan atlet dikala matahari masih terletak gah diatas kepala apa kes? Habis cair make up aku. Masuk je kereta mesti terus touch up balik!
“Kau jangan banyak tanya boleh tak? Nanti dia...”
“Mar!”
Terlihat sesusuk badan yang segak dengan kemeja hitam dan bertali leher merah sedang menghampiri mereka.
“Allah! Panjang pulang umur mamat ni. Shima cepat Shima! He’s coming!” jerit Mar lalu menarik tangan Shima supaya berlari beriringan dengannya.
Piiiiuuunnnnggg!!!
Mar membuka langkah seribunya untuk keluar dari kuliah secepat mungkin. Cepat Mar, cepat! Jangan pandang belakang. Pergh! Dah macam filem seram je.
“Mar, wait! Awak nak pergi mana tu? Kan ki...”
“Nenek saya ada kat hospital sekarang. Tengah bersalin cucunya ke-12. Saya nak kesana sekarang sambut anak saudara pertama saya ni. Lain kalilah kita sembang-sembang ye? Assalamualaikum!” jerit Sara Mardi dalam satu lafaz tanpa menoleh kebelakang.
Shima pula diseret Sara Mardi tanpa belas kasihan. Kasihan kau Shima. Nanti aku belanja kau Secret Recipe, okey?
AZWAN hanya melihat Sara Mardi berlalu pergi meninggalkannya tanpa menoleh kebelakang.
Nenek bersalin cucu ke-12? Peliknya! Kenapa pulak anak yang dilahirkan oleh neneknya dikatakan cucu? Lagipun bukankah anak tersebut seharusnya dipanggil makcik kepada Sara Mardi? Argh! Dia ditipu lagi.
Azwan kecewa.
Sudah berapa kali dia mengatur pertemuan untuk bertemu dengan kekasih hatinya namun semuanya gagal. Dia hanya ingin berbual mesra dengan Sara Mardi untuk mengubati rindunya terhadap gadis itu.
Kenapa awak buat saya macam ni, Mar? Saya rindu dengan hubungan mesra kita. Gelak tawa awak, senyuman awak, suara awak, segala-galanya tentang awak saya rindu! Kenapa susah sangat untuk awak membuka kembali pintu hati awak untuk saya?
Saya call awak, awak tak angkat. Saya SMS, e-mail awak, awak tak balas. Saya nak jumpa awak, awak selalu mengelak.
Ini semua angkara engkau, Raina! Kerana engkau cinta antara kami diragut kejam. Kaulah penghancur benih-benih cinta kami ketika ianya sedang giat bercambah. Ini semua salah engkau!!! Bentak Azwan. Mata Azwan sudah kemerah-merahan menahan rasa antara rindu dan marah.
ARRGGHH!!!
Kedengaran Azwan mendengus . Dia meramas-ramas rambutnya. Dia benar-benar berasa tertekan sekarang!
“MAARRR!!!”
Ooo mak kau pon pon! Kus semangat.
“Apa masalah kau ni? Nasib baik kita dah turun dari kereta siap sempat melahap berpotong-potong kek ‘Secret Recipe’ lagi, kalau tak Inalillah je Kancil hijau pucuk pisang aku tu. Dah lah kereta tu takde perlindungan insurans. Kena saman nanti duit kau aku rompak.”
“Kau boleh tanya apa masalah aku? Wei perempuan! Dahlah kau heret aku tanpa belas kasihan macam aku ni makhluk takde kaki nak jalan sendiri kat kuliah tadi. Habis jatuh imej aku diperlakukan sedemikian. Lepas tu kau main tolak je aku masuk kereta macam nak kidnap aku, kau boleh tanya apa masalah aku? Aku rasa lebih baik kau pergi hospital sekarang sebab orang yang bermasalah sekarang ni ialah engkau bukan aku!”luah Shima tidak berpuas hati.
“Ala la adik manis, jangan marah-marah nanti cepat tua. Aku dah belanja ‘Secret Recipe’ ni pun dah cukup baik tau. Dah kau cat walk lambat sangat sebab tu aku heret je. Kalau aku stop mulut kau tu mulalah pot pet pot pet tanya macam-macam so lebih baik aku heret kau, malukan kau, campak kau masuk dalam kereta supaya cepat sikit kita keluar dari kawasan kuliah tu. Ada faham?”terang Sara Marshanda selamba. Sebenarnya dia rasa bersalah juga berlaku kejam terhadap Shima. I’m sorry girl.
“Kejam!”hanya perkataan itu sahaja yang terlahir dari bibir Shima.
Sara Mardi kenal sangat dengan Shima. Rajuknya tak lama. Sebab itulah Sara Mardi selesa berkawan dengan Shima. Dia baik, peramah, dan mudah memaafkan orang lain. Setiap hari ada sahaja mulut becok itu bercerita. Tang itu, tang ini, this, that, here, there. Memang pengumpul dosa betul perempuan ni. Kadang-kadang dia juga turut join mendengar cerita-cerita panas dari wartawan yang tidak bertauliah seperti Shima. Sama-sama buat kebajikan mengumpul dosa. Hurm, bagus sangatlah tu!
“Apa yang dah jadi tadi? Apsal Prof Azwan panggil kau, kau lari?”tanya Shima. Hah, kan dah kata. Rajuknya tak lama. Nak kunyah fried rice sebatang pun tak sempat.
“Err perlu ke aku jawab?”
“Perlu!”
“Kalau tak jawab tak boleh ke?”
“Tak boleh!”Shima menggeleng laju. Tak terkehel ke tengkuk tu?
Sara Mardi mengambil nafas sedalam-dalamnya sebelum memulakan mukadimahnya. Erk! Apsal lidah tetiba keras semacam nak lentok-lentok ni. Wahai suara apsal kau tak mau keluar ni? Kemon lah!
“Cepatlah!” Dang! Shima menepuk meja.
“Dia bekas tunang aku!”laju sahaja aku menutur. Ops! Cepat-cepat aku menekup mulut dengan kedua-dua telapak tanganku.
“Hah! Tunang? Siapa pulak bertunang?”tanya Shima. Sambil menggaru-garu kepalanya. Banyak kutu kot?
Grr! Dah datang dah penyakit lurus bendul dia ni.
“Dia bekas tunang aku. Prof Azwan tu bekas tunang aku. Get it?”penatlah jadi kaset ulang-ulang cakap ni.
“What! Biar betik bin itik kau. Cayalah! Baru masuk umur 20-an dah ada tunang. Pensayarah kolej sendiri pulak tu.”Shima kelihatan sangat teruja.
“Correction, bekas tunang. Ex-fiance aku.”aku membetulkan ayat Shima.
“Yelah-yelah whatever! Bukan sekarang ni Prof Azwan tu dah ada isteri ke? Kalau tak silap aku nama isteri dia errr Aina, Rina ke hape? Entah aku tak ingatlah.”
“Raina.”jawabku sepatah.
“Hah! Betul tu Raina namanya. So ceritalah what’s going on dengan relationship korang ni?”
Haruskah aku bercerita tentang masalah silam aku kepada Shima? Tapi aku tak sanggup mengingati semula peristiwa yang hampir-hampir membuatkan aku berputus asa dalam kehidupan. Nasib aku baik dengan adanya keluarga di samping aku dan tidak lupa juga tuhanku yang satu iaitu Allah SWT.
Mereka tidak putus-putus memberi kata-kata nasihat serta dorongan dalam membimbing aku sehingga aku dapat menerima bahawasanya Azwan bukan untuk aku. Siapa tahu Allah mungkin sudah ada perancangan yang terbaik untuk aku di masa hadapan kelak. Aku sebagai hambaNya hanya mampu berusaha supaya aku tidak terpesong jauh dari sisiNya.
Tanpa aku sedari air mataku gugur tidak semena-mena. YaAllah, apakah nasib aku dimasa hadapan kelak?
“Mar! Kau okey ke? Apsal kau nangis ni. Ya Allah! Kalau aku tau jadi macam ni sumpah aku tak tanya soalan camtu tadi. Mar, aku minta maaf!”Shima berasa bersalah yang teramat-amat terhadap sahabatnya itu.
“Shima, aku nak kau janji dengan aku yang kau takkan tanya soalan ni lagi selagi aku belum bersedia nak cerita dekat kau ya? Janji dengan aku Ma.”Sara Mardi menghulurkan jari kelingkingnya.
Shima menyahut jari kelingking Sara Mardi dengan jari kelingkingnya. Jari kelingking kami bertaut. Shima mengangguk laju.
“Okey aku janji. Asalkan kau jangan menangis lagi ya? Kalau kau ada apa-apa masalah kongsi je dengan aku. Aku sentiasa ada untuk kau. Ingat tu.”kata Shima prihatin.
“Terima kasih Shima. Kaulah kawan aku dunia akhirat.”hingus sudah meleleh bagai paip yang tidak ditutup ketat.
Kami berpelukan agak lama. Terima kasih Shima sebab memahami aku. Sesungguhnya aku sangat bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dikurniakan seorang rakan sebaik Shima kepada aku. Terima kasih Ya Allah.
No comments:
Post a Comment