Bab 3
“ASSALAMUALAIKUM mak” salamku hulurkan bagi penyambut panggilan disana.
“Waalaikumussalam. Mar! Ya Allah! Kabare (Apa khabar)? Sihat siro nang kono (Sihat kau dekat sana)? Koyo nande study neh (Macam mana dengan studynya)?
“Wong sihat walafiat weh (Orang sihat walafiat je). Study okey-okey je. Mak sihat? Bodo ayah, Farhan koyo nande (Mereka ayah, Farhan macam mana)? Wong nang kene rindu banget nang siro bodo (Orang kat sini rindu sangat kat korang semua)!”balas aku kegirangan.
“Alhamdulillah mak pun sihat. Ayah dengan adik pun sihat. Siro keh, wes ketemu yang berkenan ke gorong (Kau ni, dah jumpa yang berkenan ke belum)? Kalau gorong, ke mak ono calon-calon neh kabeh handsome-handsome kalah Aaron Aziz siro kuwi (Kalau belum, ni mak ada calon-calonnya semua handsome-handsome kalah Aaron Aziz kamu tu.”
Aiseyhman, mak dah taulah. Hikhik! Apsal mak tanya soalan cepu lemas camni? Alahai, nak jawab apa eh? Ala, orang tak nak kahwin lagilah mak! Why you do this to me! Orang tak nak jadi anak derhaka.
“Mak, Mar arek study desek (Mar nak study dulu). Lagipun Mar masih muda arek cintan-cintun koyo drama korea kuwi (Lagipun Mar masih muda nak cinta-cintun macam drama Korea tu). Mohlah mak (Tak naklah mak).”serba salah aku dibuatnya.
“Ke siro masih teringat meneh dengan lanang kuwi (Ke kau masih teringat lagi dengan lelaki tu)? Mak bukan apa. Mak arek yang terbaik untuk siro we (Mak nak yang terbaik untuk kau je). Past is past Mar. Mak dengan ayah siro ke semakin tuek bukannya semakin suwi semakin muda. (Mak dengan ayah kau ni semakin tua bukannya semakin lama semakin muda).”balas ibuku sayu.
Mak, pagi-pagi dah buka cerita sedih kenapa? Sob sob sedih rasanya!
“Ish! Rak noklah mak (Takdelah mak). InsyaAllah kalau ono rezeki neh, Mar akan nikah jugak (InsyaAllah kalau ada rezekinya Mar akan nikah jugak). Cuma gorong tekak masa neh meneh (Cuma belum sampai masanya lagi). Ojolah gawe wong sedih pepagi yang berbahagia koyo keh (Janganlah buat orang sedih pepagi yang berbahagia macam ni).”maafkan Mar mak.
“Hurm, rokpolah kalau wes koyo wunu ngomong siro tapi hujung minggu keh ojo lupa balik kampung (Takpelah kalau dah macam tu cakap kau tapi hujung minggu ni jangan lupa balik kampong). Wes lomo siro orak balik jenguk kami (Dah lama kau tak balik jenguk kami).”mak sudah berhenti mendesak. Lega!
“Okey, wong ingat kuwi (orang ingat tu). Jaga diri baik-baik ye. InsyaAllah Mar akan balik. Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam.”
“MA oooo Ma! Dimana engkau!”panggil Sara Mardi dari arah ruang tamu.
Apa masalah minah ni panggil aku? Sibuk betullah! Orang baru nak landing baca novel kejap. Bosan sangat kut budak ni. Haih, payah betul dapat kawan yang kekurangan kasih sayang macam ni.
“I’m coming! Kejap-kejap”sahut Shima.
Sesudah menuruni tangga Shima berjalan kearah sofa yang terletak di dinding rumah. Ya Allah! Buruknya rupa! Macam ni katanya anak dara? Baring mengangkang siap buat kuak lentang. Bekalan makanan ringan untuk sebulan pun siap dikepungnya.
MasyaAllah! Pelahap sungguh kawan aku ni.
“Ya Allah! Banyaknya makanan! Twisties, Mr Potato, chocolate Cadbury, Cloud 9, Nips, Twiggies, biskut Jacobs semuanya kau nak bedal sorang ke?” terlopong Shima melihat pelbagai aneka makanan ringan disamping Mar yang sedang khusyuk melihat drama ‘Secret Garden’ di kaca TV.
“Orang laparlah Ma. Kau tau tak nasi goreng bungkus pataya aku tadi tertinggal kat kelas huhu. Merana perut aku menanggung kelaparan tahap mengganas sekarang ni. Ni semua kau punya pasal!”saja aku menyalahkan Shima. Dah lama tak cari pasal dengan budak ni. Huhu bestnyer!
Terbutang mata Shima apabila dirinya dipersalahkan 100%. Ni dah melampau ni!
“Hei Mar, kau tu yang tak menyempat-nyempat nak belah dari kantin aku pulak yang dipersalah. Dah tu kau balas dendam kat semua stok makanan ringan aku pulak tu. Ni yang buatkan kesabaran aku ditahap sipi-sipi nak kong ni. Bak sini!” Shima merampas semua makanan dari sisi Mar.
“Kejamlah kau ni! Tadi tu bukannya apa. Aku tak selesalah ditenung-tenung sedemikian rupa oleh mamat Shafiq a.k.a. buaya darat tu. Rasa macam tak pakai baju pun ada.”bela Mar.
“Ooo tau pun malu. Habis tu yang kau tenung anak teruna orang takpe pulak. Dah-dah ketepi-ketepi beta nak duduk.”arah Shima persis raja. Raja pun tak sekejam kau, tau tak!
“Ma...”
“Hurm, nak apa kau?”
“Pergh! Brutal gila! Aku tanya baik-baik ni. Janganlah garang sangat.”
“Hikhikhik! Yela, nak tanya apa? Silakan. Kalau ana boleh jawab ana jawablah. Kalau tak boleh harap maaflah. Tak dapek eden nak nolongnyer yob!” selorohnya.
"Errr camne ya? Err ala apa yang aku nak cakap tadi ek? Err.."fikirku cuba menyusun ayat.
Shima sudah menunjuk muka bosannya. Banyak pulak 'err' dia ni. Nak sendawa tak menjadi ke? Aik! Boleh ke camtu?
"Hah! Aku dah ingat. Camni..."
Shima masih dengan muka bosannya. Haish minah ni! Ringan je tangan aku ni rasa nak hempuk muka dia. Orang nak cerita ni cubalah pay attention sikit. Ni mesti time sekolah dulu cikgu mengajar kat depan dia duk gosip je kat belakang. Choi betul!
“Kalau mak kau suruh kau kahwin cepat pada usia yang masih muda dan tak berapa nak matang lagi macam sekarang ni, kau setuju tak?”tanyaku penuh berhati-hati.
“MESTILAH AKU NAK!!!”melompat-lompat Shima diatas sofa. Kau kalau jatuh tergolek gedebang-kedebum jangan minta tolong aku.
Mak aih! Gelojoh punya kawan. Sebut pasal kahwin laju je nak.
“Eh, mestilah nak. Lagi-lagi kalau dapat kahwin dengan abang Razwin tu. Memang terjamin hidup aku sampai 7 keturunan. Dahlah handsome, kaya pulak tu. Memang taste aku tu. Hurm, marvelouse!”Shima meluahkan angan-angan yang bersifat tidak berkemungkinannya itu.
“Boleh aku tambah sikit info kau tu tak? Dia playboy. Kau tau playboy? Shima, Shima. Kenapalah kau kemaruk sangat dengan crocodile land tu? Sudah terang tang-tang dia suka mainkan perasaan kaum hawa macam kita ni. Aku takut nanti kau akan jadi mangsa yang seterusnya. Hah! Kalau betul-betul saat tu tiba, harap maaflah. Tak dapek eden nak nolongnyer yob!”
Apalah yang istimewa sangat dengan senior Razwin tu? Nothing special lah bak kata orang putih. Rupa tu memang ada, harta tu lagilah. Tak dapat aku bayangkan bertapa kayanya dia. Tapi kalau dah playboy tu memang tak terjaminlah ikatan para gadis yang pernah berskandal dengan dia. Tak sampai seminggu mesti dah clash.
Hish! Kira kebal jugaklah jantan sekor ni. Aku rasa dalam sebulan tu adalah 3,4 kali kena tangkap kering dengan girlfriend dia yang duk tukar syif 24 jam dengan perempuan lain. Dan dalam waktu yang sama jugaklah penampar hinggap kat pipi jantan ni. Mana taknya, selamba dek je dia berlaku curang depan mata sang dara.
Kalau akulah kan, bukan sekadar penampar je aku bagi. Dengan sekali high kick, lower kick aku kasi biar balik rumah mengangkang memanjang.
“Seperti pernah aku dengar ayat itu tapi dimana ya?”Shima meniru dialog rasmi bagi Yasin Senario.
“Tapikan Mar. Aku tengok renungan si Shafiq tadi tu macam has something been hidden je. Lain macam je aku tengok! Entah-entah dia pun duk syok kat kau kot?”Shima menjongket-jongket keningnya. Toing-toing. Siap ada bunyi tu!
“Aku rasa kau patut jumpa pakar bahasa inggerislah. BI kau betul-betul macam suweeey kau tau? Kau ni gila ke apa, Ma? Kau tak tengok pulak renungan girlfriend sebelah dia tadi. Tajam menusuk mata sungguh! Boleh buta aku macam ‘Kassim Selamat’ lakonan P. Ramlee tu. Lagipun dia tu sama je spesis macam Razwin. Semua perempuan dorang nak try. Agak-agaknya kalau kambing belakang rumah mak ayah aku tu dipakaikan mini skirt pun dorang nak ngorat. Betullah cakap mak aku, kiamat dah nak dekat. Songsang sungguh perangai manusia zaman sekarang.”ngomelan aku panjang lebar.
“Kau tu jangan jual mahal sangat, Mar. Dah elok-elok laku nanti terus tak laku. Buat bazir je mak kau simpan anak dara tak laku dekat rumah.
Minah bajet hot dengan pakaian sendat tak cukup kain tu? Huh! Harap je kaya tapi duit sekupang pun takde nak tambah kain kat baju-baju branded kat wardrobe. Kau jugak yang kata tadi Shafiq tu playboy. So, mungkin Katrina tu pun salah satu daripada stok sampingan dia.”
“Amboi-amboi kau, semangat je aku tengok kau nak satukan aku dengan Shafiq tu ya? Hah! Tu lagi bahaya. Entah-entah aku ni pun dia nak jadikant stok kasanova dia uh. Sorry to saylah but, aku tak berminat. Harap maklum.” segera aku bangun dari sofa lalu menuju ke bilik tidur.
Hilang terus mood aku nak tengok ‘Secret Garden’ sekarang. Ni semua gara-gara lelaki. Mak suruh kahwinlah. Mamat sekor ni pulak asyik call akulah mintak hubungan terjalin balik. Sekarang ni, Shima pulak nak adjustkan aku dengan Shafiq. No way man!
Tetiba kedengaran deringan mesej masuk dari fon Nokia 3310 milikku.
Hai sayang,
Esok kelas I habis awal so bolehlah kita lunch
sama-sama eh?
I tunggu you depan dewan kelas you okey.
Good night sayang, sweet dreams...
From someone who MISS you... and always LOVE
you
Esok kelas I habis awal so bolehlah kita lunch
sama-sama eh?
I tunggu you depan dewan kelas you okey.
Good night sayang, sweet dreams...
From someone who MISS you... and always LOVE
you
SERABUT. Perkataan tulah yang mampu aku ungkapkan bertapa serabutnya kepala otak aku sekarang ni!
Hish! Apa masalah mamat ni. SMS macam-macam ‘I lap you’, ‘you lap me’ eii aku lap jugak muka mamat ni guna Clorox cuci jamban tu karang. Apa yang mamat ni nak dari aku sebenarnya?
Lebih baik aku pergi tidur dulu. Hal-hal ni semua esok-esok jelah aku fikir. Aku dan penat dan nak tidur.
Good night!
No comments:
Post a Comment