Monday, July 16, 2012

Bab 2: Setia My Fiance

Bab 2
AKU dan Shima berjalan beriringan kearah kantin kuliah bagi mengisi perut yang sedia berkeroncong untuk diisi dengan segera. Pagi tadi tak sempat nak breakfast disebabkan aku yang sibuk mengumpul air liur basi atas pillow.
Jangan main-main! Dah bermacam-macam peta dunia aku lakar atas bantal tu. Tiap-tiap malam aku dok menelaah bantal tu sampai ke pagi. Rajinkan aku?
Aku pergi cop tempat duduk manakala Shima pergi order makanan. Fuh! Nasib baik ada tempat kosong lagi. Ngam ngam je meja ni ada dua kerusi. Cantik!
Sementara menunggu ketibaan Shima membawa makanan ke sini, aku terasa seperti diperhatikan oleh seseorang. Apsal rasa macam ada orang tengah perhatikan aku ek? Toleh kiri toleh kanan. Depan dengan belakang. Mereka yang berada di sekeliling aku kehairanan melihat  aku yang berpusing 360 darjah tak tentu hala.
Ceh! Aku sendiri yang cari publisiti murahan kat sini. Takde pape pun. Mungkin perasaan aku je kut. Shima ni pulak apsal lama sangat ni? Dia ni pergi order makanan ke, buat kilang makanan?
“Tu dia hai! Teh tarik kurang manis dengan sepinggan nasi goreng pataya dan secawan milo ais dengan sepinggan nasi lemak sudah mai! Hurm, nyum nyum! Apa lagi, jemputlah makan. Lai lai.” teriak Shima.
“Kau ni dah buat tabiat ke hape? Bagi tahu macam nak buat pengumuman ajak Prince England makan sekali je. Awat hang lambat sangat? Hang tau tak perut aku dah dok main bermacam-macam lagu rock kapak minta pi diisi? Hang melengcong kemana sat  tadi?”soalku sambil kening dijongket-jongket untuk mengorek rahsia.
Shima mencebik. Huh! Ingat cantik sangatlah tu buat muka camtu. Tapi Shima memang cantik! Kulitnya yang putih kemerah-merahan. Bibirnya yang merah merekah terletak cantik di wajahnya. Tapi jika dibandingkan dengan aku, aku lagi jelita! Hoho! Bangga sikit.
“Hang ni tau-tau je cek melencong tadi. Cek pi skodeng abang sayang sat. Rindu cek kat dia ni tak dapat nak ditahan-tahan dah. Maunya cek mati dalam kerinduan kalau tak jumpa dia sehari. Hiuh! Tak sanggup cek.” Shima menunjuk reaksi gediknyalah pulak. Konon happy sangatlah tu. Piiirrrahh!
“Habis cek ni, nanti mati kebuluran hang tak fikir pulak? Ah, malaslah layan hang ni. Yelah, cek sedar cek ni bukan sapa-sapa. Sampai hati hang buat cek lagu ni sob sob!” sayu wajahku hanya disambut gelak bak mak lampir dari Shima. Kurang asam boy punya kawan!
“ Kau tak payahlah tunjuk muka seposen diskaun 50% kau tu. Kau tetap kawan aku dunia akhirat. Yelah-yelah orang janji tak kona-kona mana-mana lagi.” sahut Shima sambil tangannya diangkat seperti ketua pengawas sekolah yang sedang membacakan ikrar.
Aku hanya tersenyum melihat gelagat Shima. Aku bukannya marah sangat. Small matter what! Saje je nak menggedik buat rajuk muncung panjang sedepa. Lagipun aku takut duduk sorang-sorang kat sini. Kot ada orang plan nak kidnap aku yang comel ni. Maklumlah aku ni kan menjadi rebutan ramai hoho!
Zaman sekarang ni bukannya macam zaman dulu-dulu. Budak-budak sekarang lagi agresif dalam hal terlarang ni disebabkan minuman penambah tenaga yang dijual di kedai-kedai  yang berdekatan. Eh yeke? Suka-suki-kaki aku je menabur fitnah camni. Astaghfiruallahalazim!
Of courselah aku patut risau pasal perkara ni sebab aku pun ada seorang adik lelaki namanya Farhan Marwansyeikh. Tapi Syukur Alhamdulilah, dia pandai menjaga diri dia sendiri. Dia pun jenis bukan suka susahkan orang lain. Namun, itu tak bermakna dia tidak berkemungkinan terjebak dalam hal-hal ni. Yelah dia masih muda, keinginan untuk mencuba something new tu meluap-luap. Tapi aku percaya mak dan ayah telah memberikan pendidikan yang secukupnya kepada anak-anak mereka.
Ayah aku Muhd Affendi Ibrahim seorang penoreh getah. Pergh! Nama macam anak datuk je kan? Pernah jugak aku menanya kenapa nama ayah glamour sangat. Namun soalan aku hanya dijawab dengan sengihan. Tak pun ayah akan jawab, “Dah kat IC tulis camtu, nak buat camno lagi Mar?” hurm, yelah ayah oi. Manakala ibuku Sharifah Sakinah seorang petani di bendang sawah.
Namun aku tak pernah merasa malu untuk memperkenalkan diriku sebagai anak kepada seorang penoreh getah mahupun petani. Sebaliknya aku berasa bangga kerana dengan adanya orang seperti merekalah kita dapat merasa nasi sampai ke hari ni. Dengan adanya orang seperti merekalah industri perkilangan getah masih wujud  bergerak maju lagi. Bangga what? Cerita pasal dorang ni, tetiba terasa rindu pulak dengan mak, ayah, dan Wan kat kampung. Nanti nak call maklah kejap.
Hoi Mar! Kau ni dah mengelamun sampai  ke Paris ke? Tengok mamat selenge tu macam nak kasi tembus je muka budak tu? Kau ni dah tangkap cintan dengan mamat Shafiq tu ke?”
Sergahan Shima mengembalikan aku kealam realiti semula.
“Eh, apa kau tanya tadi? Sorry, aku tak dengarlah.” Soalku kembali. Terkebil-kebil aku melihat muncung Shima yang duk menunjuk ke suatu arah.
“Waduh, kau ni. Tengah melantak pun sempat berangan lagi. Tu hah, yang kau duk ushar budak Shafiq tu apsal? Kalau dah suka pun tak payahlah tenung dia macam kucing nak terkam ikan. Kau ni memang cari nayalah. Girlfriend dia dah tenung kau tu. Hah, mampus hang!”
Amaran Shima mengejutkan aku. What! Shafiq and the geng hanya tersengih-sengih melihat aku yang tidak keruan. Alamak! Dia pandang sinilah. YaAllah! Malunya aku. Mana aku nak letak muka aku yang dah merah macam ayam kena panggang ni? Girlfriend dia pulak merenung tajam kearah aku. Pergh! Mengancam tu! Dengan bulu mata palsu, eye shadow dark blue dia memang menggerunkan. Eii, agaknya kalau Farhan tengok ni maunya trauma tak nak sambung belajar.
Shima ni pun satu, bukannya nak tolong cover muka aku yang dah merah tak terperi ni. Lagi dia kasi laluan VVIP dekat mamat Shafiq tu tengok aku. Hampeh punya kawan!
“ Kau ni Ma. Dari aku terkam ikan kering tu lebih baik aku terkam nasi goreng pataya depan mata aku ni. Tak pun kau yang aku kunyah sampai lumat biar terpisah isi dari tulang baru tau. Tolonglah cover sikit! Ni tak, lagi kau kasi dorang bahan aku.” Marah aku kepada Shima.
“Mak aih! Wolfgirl betullah kau ni. Aku just kasi laluan kat kau supaya boleh ushar dia puas-puas. Huhu, tapikan berani jugak kau ni bermain mata dengan anak Dato’ Syazlan Muzaffar tu. Depan girlfriend dia pulak tu. Wuih! Bangga aku dapat kawan macam kau ni.” Shima menepuk belakang ku sambil mengalirkan air mata terharu palsunya tu. Debuk debuk! Walaweyh! Kau nak kasi patah riuk ke tulang-tulang aku ni?
“Sudah lah kau. Tak payah nak buat drama air mata  eyemore kau tu. Kalau jual pun tak laku, orang tak nak beli. Dah jom belah! Malu seyh duduk sini lama-lama.”gumam aku.
Weyh, jom mana woi? Ni semua siapa nak makan?” Hish, aku baru nak makan nasi lemak panas berlaukan kerang ni. Dahnya dia pulak ajak belah.
“Kau nak makan, makanlah. Cek punya cek pi bungkus!” tegasku.
Shima terkoncoh-koncoh membuntuti aku dari belakang. Aiseyh! Apa angin kawan aku sorang ni?

SHAFIQ HAIQAL melihat Sara Mardi dan Shima berlalu keluar dari kantin kuliah dengan senyuman yang tidak lekang dek bibirnya.
Yo bro! Tak habis-habis lagi ke kau duk ushar budak tu? Tengok budak tu dah lari dah sebab kau tengok dia macam nak mencabul je.”kata Izzul sambil menepuk bahu temannya itu.
“Hoi, mulut takde insurans ke? Sekali aku tenyeh mulut kau dengan paha ayam ni baru tau. Biar mati tercekik. Apa muka aku yang banyak punya handsome ni ada rupa muka pencabul ke? Kalau ya pun, kau orang pertama aku cabul biar hilang teruna kau. Nak?” balas Shafiq Haiqal sambil menyedut air Pepsi berkarbonatnya.
“Huuuuaaarrggghh! Abang handsome, ya abang manisku. Janganlah kau teruskan hajatmu yang terlarang itu. Sesungguhnya Allah SWT melaknat hambanya yang melakukan hubungan sejenis sesama insan. Tolonglah, aku awek pun takde janganlah meragut kesucian aku yang dah lama terpelihara ni.”Izzul separuh merayu. Takut sangat teruna dia hilang.
“Amboi, terus keluar mukadimah ustaz kau ya. Haha, aku pun tak nak lah kat kau. Aku belum gila lagi nak jadi gigolo kau tau. Badan dah lah tak hot, cekeding semacam je aku tengok. Agaknya kalau aku bandingkan kau dengan tiang lampu tu silap-silap tiang lampu tu lagi besar dari kau.”perli Shafiq Haiqal sambil ketawa. Kawan yang lain pun turut sama ketawa.
Izzul mencebik.
“Alahai bang, janganlah buat mulut camtu. Ni yang buat I lagi geram dengan you ni. Rraawww!” sakat Shafiq Haiqal lagi sambil membuat gaya tangan kucing mencakar.
Yang lain turut ketawa namun lagi kuat bunyinya. Kahkahkah!
“Hish kau ni! Sikit-sikit sudahlah. Bahaya betul lepak dengan korang ni. Dahlah! Aku chow dulu.” Izzul meninggalkan kawan-kawannya yang masih giat mentertawakannya.
“Sayang, jangan lupa date kita malam ni tau. I tunggu you. Tempat biasa okey!”laung Shafiq Haiqal sehingga semua yang berada di dalam kantin berpaling kearah mereka.
Hah sudah! Izzul mempercepatkan lagi langkahnya untuk keluar dari situ. Bertuah punya Shafiq! Eii, tak rela mak nak lepak dengan dia lagi! Bikin malu saja!
You ni asyik bersayang-sayang dengan orang lain. I ni sebelah you, you ingat tunggul kayu apa? Sempat lagi you bermain mata dengan budak kampung tu kan? Apa I ni tak cukup cantik ke untuk you?”marah Katrina. Aku sebelah dia je boleh pulak dia tenung perempuan lain.
“Apa masalah you ni? I just bergurau je dengan Zul tu takkan tu pun you nak marah? And for your information ya Miss Katrina, I just anggap you sebagai kawan I je tak lebih dari tu. What do you aspect from me?”Shafiq sebenarnya dah rimas dengan semua ni.
Tiap-tiap hari Katrina pasti akan berkepit dengannya kemana je dia pergi. Kalau boleh pergi tandas pun dia nak ceroboh masuk sekali. Tak ke gila namanya tu! Kadang-kadang nak lepak dengan kawan lelaki lain pun tak selesa. Mana taknya, nak discuss hal man between man pun susah sebab ada minah ni.
“Sampai hati you Fiq. You tau kan I sayangkan you. I sayangkan you lebih dari segala-galanya. I sanggup buat apa sahaja untuk you Fiq. Please Fiq! Jangan buat I macam ni.” Katrina menangis separuh merayu. Kenapa susah sangat kau nak terima aku dalam kehidupan kau Fiq? Adakah kau masih teringatkan arwah Amirah?
Sorry Katrina. I... I tak boleh. Cinta I masih untuk arwah Amirah. I sayang sangat kat dia Katrina. Could you understand me? Cinta pertama I, susah bagi I nak lupakan. You cantik Katrina. Ramai lagi yang minat kat you. I just anggap you macam adik I tak lebih dari tu.” tutur Shafiq lembut untuk memujuk Katrina.
And you was my first love! Memang! Memang ramai kat luar sana cuba nak tackle I tapi I tak layan! Because why? Sebab I in love with you! Nobody else but you! It was you Shafiq Haiqal! Mungkin you boleh anggap I macam adik you but not me! Please Fiq!”Katrina masih terus mendesak.
Shafiq Haiqal meraup wajahnya lalu terus bangun meninggal Katrina yang masih menangis teresak-esak.
Sungguh! Dia tidak mampu membalas cinta Katrina. Dia pernah mencuba untuk jatuh cinta lagi namun dia tidak mampu. Bayangan arwah Amirah sentiasa terbayang-bayang di benak fikirannya.
Amirah, kenapa kau pergi terlampau cepat sayang. Fiq rindukan Mirah. Rindu sangat!

No comments:

Post a Comment

Heart Chat Bubble