Thursday, November 8, 2012

Bab 8: Setia My Fiance


Bab 8
Please Mar, sekejap je. Sampai bila awak nak terus melarikan diri dari saya. Walaupun awak cuba mengelak macam mana sekali pun, selagi saya masih bergelar pensyarah awak, awak tetap akan bertembung dengan saya.” Azwan terus mengejar Sara Mardi, cuba menyaingi langkah wanita yang dipujanya itu.

Sara Mardi tidak mengendahkan kata-kata Azwan. Dia benci lelaki itu. Mengapa perlu mendambakan cintanya walhal Azwan sudah pun berumah tangga. Dia tidak mahu menjadi orang yang ketiga, memusnahkan rumah tangga orang lain yang sudah lama terbina. Walaupun masih ada kasih untuk lelaki itu, tapi dia bukan insan seperti itu! Dia juga punya maruah dan dia harus pertahankan maruahnya.

Azwan mengeluh apabila reaksi yang diterimanya hanyalah hampa. Walaupun penat mentawaf satu kuliah itu, namun dia masih setia mengikuti langkah Sara Mardi kemana sahaja yang dituju, kecuali bilik yang mempunyai orang lidi berskirt pink. Nasib baik waktu ini ramai pelajar sudah pulang. Kesempatan yang ada  tidak mahu dilepaskan Azwan untuk memujuk Sara Mardi agar kembali pada pangkuannya.

Bertapa seksanya dia menahan rasa rindu terhadap gadis genit bertudung ini. Setiap kali bangun dari tidur dia berharapkan Sara Mardi yang berada disebelahnya. Sentiasa disisinya, menjaga makan minumnya, pakaiannya, serta bersama-sama mengharungi detik-detik bahagia bersama anak-anak mereka. Itulah yang pernah diangan-angankan mereka suatu ketika dulu. Namun semuanya telah ditakdirkan Allah untuk dirinya. Raina yang sebelum ini dianggap kenalan biasa pula yang mendiami tempat khas yang sepatutnya menjadi milik Sara Mardi

Jangan kata sarapan, sekeping roti pun tidak pernah disediakan Raina untuknya. Azwan sudah bersiap segak untuk pergi ke kerja, Raina pula masih enak berlingkar  diatas katil mereka yang empuk itu. Kadang-kadang sampai Azwan sudah pulang dari kuliah pun posisi tidurnya masih sama. Makan minum serta pakaiannya tidak diurus seperti mana seorang isteri patut lakukan. Adakah wanita seperti ini ingin dijadikan isteri? Azwan betul-betul menyesal atas segala yang berlaku. Sepatutnya dia lebih peka dengan permainan yang telah dirancang Raina.

“Mar, jangan buat saya macam ni. Takkan takde langsung sekelumit kemaafan awak untuk saya. Saya tahu saya bersalah tapi awak tak boleh menghukum saya seorang sahaja. Benda ni berlaku tanpa dirancang. Saya tahu agak sukar bagi awak untuk percaya kata-kata saya ini, tapi please... saya meayu kepada awak tolong kembali kepangkuan saya. I really really love you.” Azwan meraih lengan Sara Mardi. Dia tahu tindakkannya akan membuatkan Sara Mardi lebih marah. Tapi hanya cara ini yang mampu dia fikir buat masa sekarang.

Sara Mardi terkejut dengan tindakkan berani Azwan. Dia ni dah gila ke? Sara Mardi cuba melepaskan lengannya dari cengkaman Azwan namun cengkaman lelaki itu begitu kejap. “Azwan! Lepaskan saya. Awak tahu tak awak dah melebih. Lepaskan, lepaskan!” Sara Mardi terus menjerit.

“Saya akan lepaskan awak kalau awak berhenti melarikan diri dan dengar apa yang sepatutnya saya jelaskan kepada awak, sekarang!” Azwan tidak mengendahkan pekikkan Sara Mardi. Walaupun tahi telinganya hampir cair mendengar pekikkan persis Mak Tarzan  itu, Azwan sanggup menadahkan telinganya asalkan Sara Mardi sanggup mendengar penjelasannya.

Setelah sekian lama berusaha melepaskan lengannya, ditumbuk, ditendangnya Azwan namun lelaki itu tidak mudah mengalah. Pegangannya semakin kejap membuatkan lengannya terasa sakit. Apalah sangat nak dibandingkan kudrat seorang wanita yang ada pada dirinya. Akhirnya Sara Mardi akur.

Fine! Just let my arm goes first. Sakit tahu tak?” Azwan tersenyum puas. Dengan perlahan-lahan Azwan melepaskan cengkamannya. Sara Mardi segera merentap lengannya lalu diusap. Pedih.

Jatuh kasihan pula lelaki itu terhadap Sara Mardi. Kuat sangatkah cengkamannya hingga menyebabkan wanita itu kesakitan? “Awak, awak okey ke? Err sorry, saya tak bermaksud pun. Biar saya tengokkan.” Azwan maju kehadapan untuk memeriksa lengan Sara Mardi. Jika Sara Mardi kesakitan, dia turut merasakan perkara yang sama.

“Eh, nope! Jangan berani-beraninya awak nak sentuh saya, kita bukan muhrim. Kalau awak tak nak jaga air muka awak sebagai seorang pensyarah yang terhormat disini, tolong jaga air muka saya sebagai pelajar yang masih pegang status dara di kuliah ini.” Sara Mardi memberi amaran keras buat lelaki dihadapannya ini. Suka-suki dia je nak sentuh-sentuh aku macam aku ni bini dia.

Azwan membatalkan niatnya itu. Dia tersenyum tawar lalu mengangguk tanda akur. Dia prihatin terhadap Sara Mardi, tapi statusnya sebagai suami orang dan bukan muhrim Sara Mardi membataskan segalanya.

Setelah kesakitan di lengan Sara Mardi kian berkurangan. Sara Mardi menghadap tubuhnya kearah Azwan. Tangannya disilang paras perut dan matanya merenung tajam kehidung Azwan. Pelik. Mengapa perlu hidung yang direnungnya? Orang kata, dari mata jatuh ke hati. Perkara itu yang harus dielaknya. “ Hah, apa yang awak nak jelaskannya sangat tu? Saya nak awak terangkan dengan teliti why, who, what, where and how kepada saya dalam masa 5 minit bermula sekarang.”

Azwan menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Aduh, sudah! Tadi beria-ria sangat nak terang. Bila dah berhadapan macam ni terkunci mulut kau, ayat yang dah lama disusun berterabur semula, otak pulak dah tak mampu berfungsi dengan jayanya.

“Err... citernya camni.. err..” Argh! Aku nak terang yang mana satu dulu ni?

“4 minit.”

“Eh, mana aci camni! Tak sampai satu minit pun awak...”

“3 minit!” Sara Mardi menguatkan suaranya. Dia sudah mula bosan dengan gelagat Azwan. Tergaru-garu macam beruk.

“Okey-okey! Citer macam ni..” Azwan menarik nafas sedalam-dalamnya mengumpul semangat di dada.

“Hubungan saya dengan Raina tidak seperti apa yang awak nampak tempoh hari. Saya pun tak tau macam mana perkara ini boleh berlaku. Perkara ni berlaku diluar sedar saya. Yang saya tahu...” belum sempat Azwan menghabiskan pencakapannya, “Prof Azwan!” Kelihatan Seorang lelaki yang berusia dalam lingkungan 40an berlari kearah mereka. Prof Ammer rupanya. YaAllah terima kasih YaAllah kerna kau menghantar seorang penyelamat buat aku walaupun kelihatan berusia tanpa sebarang costume bercawat dan segalanya. Sara Mardi mengeluh lega.  

Haih, orang tua ni. Waktu-waktu ni jugaklah dicarinya aku. Macamlah aku sorang je prof dalam kuliah ni. Azwan merengus geram. “Dekat sini rupanya prof. Hah, Mar pun ada. Sorrylah ganggu perbincangan awak berdua, but if you dont mind, boleh saya bercakap dengan awak sekejap Prof Azwan. Important case!” Renung Prof Ammer kearah Sara Mardi dan Azwan.

“Oh sure Prof Ammer. Kami pun just bual-bual kosong. Takde hal penting pun.” Potong Sara Mardi sebelum Azwan mula memberi alasan untuk berlama-lama bersamanya.

“Oh, dah lambat ni! Saya pergi dulu ya Prof Ammer. Saya dah janji dengan Shima nak bincang tentang assignment yang prof kasi temph hari. Nanti tak siap prof marah pulak.” Sambung Sara Mardi. Dia memang ada janji dengan Shima. Atau lebih jelas lagi, dia mahu segera angkat kaki dari sini. Melihat muka Azwan yang tidak berapa senang itu membuatkan Sara Mardi ketawa diam. Pandan muka!

“Wah, bagus bagus! Awak memang seorang siswi yang rajin. Tak hairanlah setiap kerja yang kami bagi awak dapat menyiapkannya dengan cemerlang sekali. Teruskan usaha awak.” Prof Ammer memuji semangat yang ada pada Sara Mardi. Kembang kuncuplah jadinya hidung Sara Mardi. See the leg lah.

“Saya pergi dulu prof Ammer. “ Sara Mardi melemparkan senyuman yang manis buat profnya, Prof Ammer sahaja. Yang lagi sorang tu boleh belah!

Sara Mardi berlalu dengan senyuman kemenangan. Yeah! Aku bebas! Jeriitnya dalam hati seperti banduan yang baru terlepas dari ikat jamin. Tanpa Sara Mardi sedar, seseorang telah memerhatikan samarinda mereka sebentar tadi tidak jauh dari tempat mereka berdiri. Siapakah insan itu? Manusia itu hanya tersenyum sinis. Hurm, senanglah kerja aku lepas ni.


“TAK BOLEH KE KAU sambung kerja ni sesok ke? Dah senja ni. Kau serius ni Mar?” Shima meminta kepastian Sara Mardi yang kelihatan khusyuk menelaah buku setebal 10 inci tersebut.

“ Ya, betul. Kau jangan risaulah, lagi sikit je ni. Teksikan banyak kat bus stop tu. Nanti pandai-pandailah aku tahan. Jangan risau, okey? Aku kan dah besar.” Kata-kata Sara Mardi masih tidak mampu meredakan kerisauan Shima.

“Tu pun kalau kau bernasib baik jumpa dengan pemandu yang berkhemah. Maunya kau jumpa yang hemmmph camne?” Shima menakut-nakutkan Sara Mardi dengan membuat mimik muka. Sara Mardi tergelak melihat muka Shima yang miang seakan-akan menggoda.

Haha, kalau mukanya macam ni nafsu tak sempat panas dah kena sepak kaw-kaw dengan aku.” Kata Sara Mardi dalam tawa. Shima mencebik. Apa tak menjadi ke muka aku. Shima meraba-raba mukanya.

“Hurm, yelah. Dia je cantik kita ni tak. Dahlah aku nak balik ni. Kau nanti balik cepat. Assignment tu lambat lagi nak hantar, tak payah nak terburu-buru sangat siapkan. Di jalan raya, patuhi undang-undang negara. Pandang kiri dan kanan dulu baru lintas bukan main jalan suka hati kau bila kona. Ingat, berhati-hati di jalan raya.” Pesan Shima panjang lebar. Macam kakak dari kempen jalan raya je minah ni.

Yess makcik! Dah go go. Shuh shuh!” halau Sara Mardi. Nak balik tu balik jelah. Sempat pulak kasi taklimat free kat sini. “Amboi, menghalau nampak.” Shima menampar bahu Sara Mardi, dengan segeranya dia melarikan diri sebelum sempat Sara Mardi melancarkan serangan buku 10 incinya.

“ Bertuah punya budak!” Marah Sara Mardi yang masih dalam sisa tawanya.

Sara Mardi menyambung semua kerjanya yang tergendala tadi. Pelajar lain juga kelihatan khusyuk memilih buku yang ingin digunakannya. Lupa pula dia bahawa dia berada dalam perpustakaan. Patutlah ramai sahaja yang menghadiahkannya renungan maut tadi. Memang kalau dah gaduh dengan Shima terus lupa Sara Mardi dimana dia berpijak sekarang.

Melihat bilangan pelajar yang semakin berkurangan, Sara Mardi menutup buku dan mengemas alatannya. Dia menguap. Harrrgh, siap jugak assignment aku, lepas ni tak payah pening-pening kepala fikir assighment tak siap. Semuanya beres! Dalam kesibukkan memasukkan barang dalam beg, seorang siswi junior menegurnya.

“Assalamualaikum kak. Akak ni, Sara Mardi kan?” tanya junior itu meminta kepastian. Sara Mardi kehairanan. Siapa perempuan ni?


SARA MARDI mencekak pinggang. Matanya ditala melihat jam tangannya yang menunjukkan jam 3 petang. Sabar jelah aku. Janji pukul 2, masalahnya batang hidung pun tak nampak. Hurm! Inilah janji Melayu. Tak pernah ditepati. Sara Mardi tekad untuk menunggu 10 minit lagi. Kalau masih tidak muncul, aku belah!

Kata siswi itu dia merupakan pelajar baru disitu. Dia tidak tahu selok belok kuliah ini. Jadi dia meminta pertolongan Sara Mardi pada hari ini untuk menjadi pandu arahnya. Patutlah tak pernah tengok, tapi kalau tak silap dia baru minggu lepas berlangsungnya sesi sual kenal antara pelajar senior dan junior. Tak nampak pula wanita comel yang berkulit hitam manis itu antara junior-junior yang hadir. Mungkin aku je yang tak perasan.

Tunggu punya tunggu 15 minit pun telah berlalu. Sah dia tak datang. Menyesal dia menolak perlawaan Shima mengajaknya tengok wayang hari ni. Sara Mardi mengeluh. Buang masanya sahaja. Mungkin dia lupa, sibuk sangat kut. Sara Mardi cuba menyedapkan hatinya. Hurm, takpelah mungkin lain kali. Kakinya diangkat untuk melangkah pergi, tiba-tiba sebuah kereta Progeun berwarna hitam berkilat berhenti di sebelahnya. Sara Mardi tergamam. Pergh! Cantik tu. Sara Mardi melihat kereta yang berhenti betul-betul disebelahnya ini. Ini maunya aku kerja gaji 10 tahun simpan pun tak terjamin lagi mampu bayar pendahuluan untuk beli kereta ni.

Pintu kereta terbuka. Muncul seorang pemuda berkaca mata hitam yang segak berkot kulit sedondon dengan seluar tightnya. Siapa tu? Lain macam je aku tengok lelaki ni. Takkanlah...

“Masuk!” kata lelaki tersebut. Lelaki itu menolak tubuh Sara Mardi agar masuk kedalam kereta.

“Hei! Kau siapa hah? Suka suki kau je nak suruh aku masuk. Tak nak! Tak nak! Hei, lepaslah!” Sara mardi memberatkan badannya. Tangannya melekap di cermin kereta mengelak daripada terdorong kedalam. Pemuda tersebut menekup mulut Sara Mardi. Kalau orang lain dengar, habis rancangannya. Setelah beberapa minit berperang di pintu kereta, akhirnya Sara Mardi berjaya disumbatkan kedalam perut kereta. Boleh tahan kuat jugak perempuan ni. Habis lebam-lebam badan aku di tumbuknya.

Tanpa berbuang masa, pemuda tersebut masuh kedalam perut kereta bersebelahan Sara Mardi. Enjin kereta dihidupkan, bergerak meninggalkan perkarangan sekolah.


No comments:

Post a Comment

Heart Chat Bubble