Bab 7
Shafiq Haiqal. Apa yang dilakukannya pun tak tahulah. Ada saja perangai miangnya hendak
dibuat. Mentang-mentang hari ni ramai student junior menjalani sesi pendaftaran
kemasukkan untuk semester kali ini. Mulalah nak cucuk jarum dengan jarum superb
sharp yang diasahnya khas untuk hari-hari begini.
“Call I tau. I surely will pick up my phone kalau you yang call.” Cucuk Shafiq
Haiqal lagi.
Junior tu
hanya tertunduk malu. Namun, masih sudi melayan sikap miang Shafiq Haiqal. Dah
cairlah tu.
Shafiq Haiqal
tersenyum nakal. Haih, stock baru dah
mai dah. Haha, barang diimport takkan nak tengok je. Mestilah kena usap, belai
dan manfaat sebaiknya. Tapi kalau bab menjaga, sorry to saylah. So not me!
Shafiq Haiqal melepaskan rangkulannya dari bahu gadis itu. Sempat lagi dia melayangkan
flying kissnya yang entah keberapa kali dilakukan dalam hidupnya tanpa
memikirkan hati gadis yang merasa. Dan akhirnya terluka.
Shafiq Haiqal
berjalan menuju ke arah geng motor yang terletak berhampiran kafeteria.
Disitulah port lepak mereka dalam
kuliah. Shafiq Haiqal bertegur sapa dengan kawan-kawannya. Atau lebih tepatnya,
give me five bro! Haiyoyyo, dengan
bertumbuk-tumbuk bahu. Kononnya dapat melatih kemantapan bahu.
“Yo what’s up! Muka banyak punya manis
walaupun dah masuk tengah hari. Apa cer bro?
Ops cup cup! Let Pak Nujum Pak Alan guess.
Hurm, muka tu angkuh hidung terpacak
kukuh mengalahkan pinochio. Mencekak
pinggang bagai budak rajin mendapat anugerah kecemerlangan. Hah! Pak cik tau! Jerat tangkap goda
mengena ye cik abang? Siapa pulak mangsa kau kali ni Fiq?
“Oh so sweet of you! You seriously consider of me. Oh,
hopefully I was a girl. Loving you as much you loving me, abang Alan.” ngayat Shafiq Haiqal. Matanya dikerdip-kerdip gaya budak
menggedik.
Menggeletar
badan Alan dibuatnya. Bulu roma tak payah cakaplah, bukan setakat terpacak je.
Terkulai layu terus dari tempat ia mula tumbuh bila dengar ayat tanpa lapik
dari Shafiq Haikal.
“Eh Fiq. Kau
patut beruntung tau kau tu lelaki. Kalau kau tu dilahirkan perempuan, maunya
aku jadikan kau awek aku. Rupa tu dah ada dah jambunya. Plus dengan kemahiran menggoda kau memang mengancam habis!”
Pujian Alan
hanya disambut kekekkan dari Shafiq
Haiqal. “Kau gay ek Alan? Eii, Alan gay, Alan gay, Alan gay. Woi siapa
nak tau Alan gay siot! Hahaha!” laung
Shafiq Haiqal.
“Woi, mulut
tak makan saman. Kalau aku ni gay,
Anita tu siapa? Cakap tak pakai otak. Nanti habis Anita lari tak nak dengan aku
lagi.” Rengus Alan. Kecik hati ke mamat ni?
“Aku memang
tak makan saman, baru tau ke. Aku makan nasi je. Alah tak payah nak buat drama
pujuk memujuk plak kat sini. Semacam je aku rasa errr. I’m sorry, okey? Setakat
Anita sorang tak luak mana pun.”
“Kau ni kan
aku tarik jugak jambul karat kau kasi botak baru tau. She my precious! Sejahat-jahat aku pun, sampai soal hati aku jujur tau. Tak macam
kau, bertukar pasangan macam transfomers.
Tak setia langsung!” Shafiq Haiqal terkedu sebentar mendengar perkataaan
‘setia’ dari mulut Alan.
Alamak
tersentap plak ke mamat ni? Kata tak makan saman. Makan nasi je.
“Kenapa ni
bro? Sorrylah, teruk sangat ke aku
marah kau. Chill lah, kita kan dah
biasa berjoke-joke macam ni. Joking is caring ma.”Alan mula memujuk.
Betullah kata Shafiq Haiqal, geli pulak pujuk memujuk sesama lelaki ni. Semacam
je.
“Mana peribahasa
Inggeris kau rembat ni Alan. Tak pernah aku dengar sebelum ni. Tak ada papelah.
Betul apa yang kau cakap tu. Aku bukan jenis yang setia. Sampai arwah Amirah
pun tinggalkan aku sebab tak tahan dengan perangai pelesit aku ni. Kau
tengoklah, sampai dia dah meninggal pun perangai pelesit ni tak mahu berenggang
dengan aku. Menjadi-jadi lagi adalah.”hati Shafiq Haiqal dihambat rasa sayu.
Alan mengetap bibir. Mulut jahat, mulut jahat!
Marah Alan sambil menampar-nampar mulutnya sendiri. Bukan dia tak kenal dengan
arwah Amirah. Orang yang amat disayangi oleh sahabatnya sorang ni. Peristiwa 5
tahun dahulu mula berlegar-legar di fikiran Shafiq Haiqal.
“Err, sorry bro. Aku... aish! Cakap pun main lepas je. Okey aku janji takkan cakap pasal
hal ni lagi. Promise!” Alan turun
dari motorbikenya lalu mengangkat ikrar gaya lelaki sejati. Tegak dan berani.
Shafiq Haiqal
tersenyum melihat gelagat kawannya sorang ni. Ingat macholah buat macam tu.
“Dahlah wey. Its okey. Sentap-sentap ni bukan prinsip
hidup Shafiq Haiqal beb! Hurm,
memandangkan perut aku dah berdangdut goyang Inol ni, apa kata kita pergi
santap pape kat kafeteria. Lapar kot!” Shafiq Haiqal cuba menukar topik. Dia
tidak mahu dirinya kelihatan sebagai lelaki lemah. Dia harus kuat! Yeah! Aku seorang lelaki yang tabah,
tampan lagi hot! Dia segera berlalu
tanpa menunggu Alan yang terkial-kial mengunci motorbikenya.
“Woi tunggulah
aku. Apahallah dengan mamat sekor ni. Kejap okey, kejap tak okey. Ish! Macam
perempuan, naik menyampah I! Huh!”rengus Alan geram. Namun, Alan tahu. Jauh
disudut hati Shafiq Haiqal perasaan kesal, sedih, kecewa semua bercampur baur
menjadi satu perasaan yang menyesakkan jiwanya.
MUKA cengkung, mata sembam. Tanpa secalit lipstik mahu bedak
di wajah membuatkan Sara Mardi kelihatan seperti mayat hidup yang merayau-rayau
sekitar kuliah mencari mangsanya. Air fresh
orange yang dipesannya tadi langsung tidak diusiknya. And... what is that? Shima menyepetkan matanya untuk zoom dengan lebih dekat benda yang
bergayut di celah-celah mata Sara Mardi.
Oh my god! Tahi mata ke tu. Iyak! So digusting punya kawan. Patutlah
ramai je tenung menenung kitorang tadi. Terkejut gak aku tetiba kitorang dapat
perhatian yang agak memberangsangkan waktu berjalan depan geng mat rempit, mat
motor and mapelay tadi. Dia ni betul-betul
dah menjatuhkan imej aku.
“Mar, whats wrong with you huh? Kau nampak
sangat-sangat tak sihat. Takkan aku baru balik Pahang 2,3 hari kau dah rindu
kut. Sobsob kau memang kawan sejati.
Oh, terharunya aku.”Shima cuba menarik perhatian Sara Mardi dengan lawak
seposennya tu. Namun, babak seposennya hanya mendapat reaksi 5 sen sahaja
daripada Sara Mardi. Ni memang dah kes teruk ni!
“Err Mar, tak
lawak ek? Apsal diam je dari tadi? Cer citer ngan aku. Apa masalah kau
sebenarnya ni?” Melihat lawaknya tidak disambut, Shima mula beriak serius.
Tangan kanan diletakkan diatas bahu Sara Mardi lalu diusap.
Sara Mardi
melepaskan keluhan berat.
“Ma, aku bukan
tak nak bagitau kau tapi.. aku rasa nak berkongsi dengan orang lain buat masa
sekarang is not the right time. Aku
pun baru tahu pasal ni semalam. Perkara ni terancang tanpa pengetahuan aku! Semalaman
aku tak dapat tidur sebab memikirkan perkara ni. This are so not fair!” Dumm! Sara Mardi menghentak meja. Shima tangkas
menahan apabila mendapati Sara Mardi ingin menghentak meja itu lagi.
“Eh eh, calm down Mar! Binasa meja ni kau buat
nanti. Tak meja ni, tangan kau yang kena simen nanti. Pelik aku, ada masalah je
nak hempuk meja, ada masalah je meja jadi mangsa. Cubalah tukar sikit tradisi
yang kian lapuk dah berhabuk ni.” Shima mengusap-usap meja yang kian terserlah
keretakkannya. Apalah nasi kau meja, di hempuk-hempuk oleh manusia disekeliling
kau.
“Habis tu nak
aku hempuk kau pulak?” buku setebal 10 inci diangkat tinggi sudah bersedia
untuk dihempuk Shima oleh Sara Mardi. Shima segera mengangkat tangan sebagai
benteng pertahan. Biarkan tangannnya dicalar-balarkan, tapi bukan wajahnya.
“Bu..bukan tu
maksud aku. Maksud aku, cubalah buat aktiviti yang boleh buatkan kau lupa masalah
ni dengan perkara yang berfaedah macam mutualism,
bukan parasitsm. Merosakkan harta
awam, Apa yang kau dapat? Sebelum apa-apa pun, apa kata kau habiskan makanan
kau supaya perut kau kenyang dan meja tu pun senang sebab dah melaksanakan tugasnya
sebagai tempat kau makan, okey.” Shima memujuk Sara Mardi agar lebih tenang. Melihat
Sara Mardi yang kian beransur angin kus-kusnya Shima meleraikan tangannya yang
lenguh. Fuhh, selamat tangan aku.
Apa yang
dirungsingkan Sara Mardi? Ditanya tak mahu pula dibagitau. Bersabar jelah Sara
Mardi, aku hanya mampu berdoa agar masalah yang dihadapi kau sekarang menemui
jalan penyelesaian yang membawa kebahagiaan kau meskipun aku tidak
mengetahuinya. Shima tersenyum lalu menyambung semula makan apabila Sara Mardi mula
menunjukkan seleranya. Bersabarlah Sara Mardi...
“BRO ko biar betul? Takde keje lain ke kau nak buat selain
keje ni. Tak rasa kau melebih sangat ke? Mangsa kau kali ni... ish, tak
sesuailah untuk kerja part time kau
ni.” Izzul tidak berpuas hati.
“Betul tu Fiq,
aku tau kau dah biasa dengan keje-keje camni. Baru tadi kita bincangkan hal ni,
takkan tak sampai 2 jam kau dah buat perangai balik.” Alan pula menyampuk.
“Huh! Apa korang tau. Ni melibatkan
maruah aku sebagai anak jantan. Anak dato’ kaya raya yang mempunyai banyak anak
syarikat dalam negara mahupun luar negara pun aku dapat tundukkan, ni kan pula
budak kampung apalah sangat. Senang jelah aku nak handle.”
Shafiq Haikal teringat
semula perbualannya bersama Izzul dan Alan di kafeteria petang tadi. Bertungkus
lumus Izzul dan Alan menasihatinya, kerana prinsip punya pasal segala risiko
ditolak tepi. Dia benar-benar tercabar dengan kata-kata geng Taiko sebentar tadi.
“Lu kata lu hebat sangat. Setakat kekasih dah mampuih menangis menggogoi-gogoi macam anak dara. Ops, soli wa lupa lu ni teruna lagi ka? Hahaha! Tak payah jadi anak jantan setakat bercintan-cintan sms jiwang-jiwang bila putus
isap lu punya jari ibu.”
Damn! Kau tak kenal aku
siapa Taiko. Sekali aku kata aku
buat, aku buat hingga ke penghujungnya. Biar kau kenal siapa sebenarnya Shafiq
Haikal Dato’ Syazlan Muzaffar, kasanova yang terkenal dengan prinsip ‘never don't dare’. Mungkin kedengaran
pelik sikit namun kerana prinsip itulah aku jadi kasanova yang memegang status single but available yang berjaya
sekarang. Angan-angan Shafiq Haiqal terhenti apabila ketukkan pintu biliknya
kedengaran.
“Tuan Shafiq,
bapaknya panggil di bawah.” Beritahu bibik rumahnya. Shafiq Haiqal segera
bangun dari pembaringan. “Bilang sama ayah kejap lagi Fiq turun.” Bibik angguk tanda
faham lalu berlalu pergi.
Sampai sahaja
dibawah, Shafiq Haiqal melabuhkan punggungnya diatas sofa berhadapan dengan Dato’
Syazlan Muzaffar yang sibuk membaca surat khabar. Dia menanti kalimah yang
bakal dituturkan ayahnya.
Datin Murniah
menuju ke ruang tamu dengan menatang dulang yang berisi teh dan beberapa potong
kek yang masih panas menarik deria bau Shafiq Haiqal untuk menjamahnya.
“Fiq, takkan
tengok je. Makanlah. Kek tu baru je keluar dari oven. Nanti sejuk krimnya keras
pula. Fiq kan suka makan kek krim cair-cair camtu.”pelawa Datin Murniah dengan memotong
sepotong kek untuk Fiq.
Mendarat
sahaja kek di atas pinggannya Shafiq Haiqal segera mencuit kek tersebut lalu
dikunyah dengan penuh nikmat. “Kek Datin Murniah terbaik!” Shafiq Haiqal
mengangkat kedua-dua ibu jarinya tinggi.
Datin Murniah
menggeleng-gelengkan kepalanya. “Waktu mulut penuh jangan bercakap, habis
tempias sampai sini. Sudu ada kenapa tak guna?” Shafiq Haiqal tersenyum sumbing
dan bahunya dihinjut-hinjut tanda tidak mengerti.
Dato’ Syazlan
Muzaffar yang leka membaca melipat surat khabar tersebut lalu merenung tajam ke
arah Shafiq Haiqal. Hurm, usia sahaja matang tapi manjanya mengalah budak 6
tahun. Macam mana nak jadi suami orang kalau camni.
“Fiq, ayah ada
benda nak cakap dengan Fiq ni. Ayah dengan ibu dah bincang perkara ini dan kami
sudah sebulat suara bersetuju untuk melaksankannya. Ayah harap Fiq dapat
melaksanakan permintaan kami walaupun ianya agak terburu-buru bagi seorang
remaja yang berumur 21 tahun seperti Fiq.”
Shafiq Haiqal
menelan air liur yang terasa pahit untuk ditelan. Kelihatan perkara yang bakal
dibincangkan mereka malam itu kelihatan serius. Haih, ni yang buat aku cuak.
Ayah aku ni terlampau banyak dengan kejutan. Nasib baik aku takde sakit jantung
kalau tak mahunya dah lama arwah.
“Permintaan
apa ayah? Ibu, apa yang dah disebulat suara tanpa pengetahuan Fiq ni? Hurm,
ayah?” Shafiq Haiqal sudah tidak senang duduk. Badannya terasa mula melekit semula
padahal dia baru sahaja lepas mandi. Kediaman itu mula terasa bahangnya
walaupun telah dilengkapi dengan penyaman udara.
“Kami nak
Fiq.....”
No comments:
Post a Comment