Bab 1
TITEKETIT TEK! Titeketit tek! Titeketit tek! Titeke…
“Mar! Angkatlah fon tu. Memekak je! Orang nak tidolah!!!” teriak Shima di sebelah ku.
Eleh! Orang pun nak tidurlah. Hish! Tu pun nak menjerit-jerit macam aku ni jauh sangat dari dia. Padahal tidur sebelah-menyebelah je. Harap maklumlah, kami berkongsi satu katil.
Aku yang masih mamai terkapai-kapai mencari telefon aku di sebelah katil dengan mata yang masih terkatup rapat. Ish! Siapalah yang rajin sangat buat amal Jariah pepagi buta kejutkan orang ni. Tak tau ke orang tengah syok tido mimpikan Aaron Aziz datang rumah ajak shooting buat sambungan filem ‘Ombak Rindu 2’. Ni yang buat aku hangin satu badan ni! Telefon ni pun satu. Mananya kau ni?
Akhirnya aku berjaya mencapai telefonku yang terletak betul-betul bersebelahan lampu tidur jenama PS.
Namun nasib tidak menyebelahi aku. Aku jatuh terjelopok dari katil macam nangka busuk selepas berjaya mencapai telefon bimbitku.
“Aduh! Sakitnya belakang aku. Nasib baik karpet ni berbulu selembut Downy. Kalau tak mahu berkecai badan ku yang gebu ni. Adeh-adeh!”aku menyeringai.
Arrrgghhh! Mamat ni lagi. Apsallah nombor ni asyik mengganggu ketenteraman hidup aku yang sememangnya serabut lagi kusut daripada rambut Alley Cats ni. Buat donno jelah.Padan muka kau. Hoho!
Aku menyambung semula tidur ku yang tergendala tadi. Beberapa minit kemudian telefon ku berbunyi lagi.
Titeketit tek! Titeketit tek!
Tidur je, tidur je.
Titeketit tek! Titeketit tek!
Lalala aku tak dengar lalala...
Titeketit tek! Titeketit tek!
Hoi mangkuk, pinggan, kuali, piring, sudu, garpu betullah!!! Dia ni tak reti nak pergi tidur ke? Kalau ya pun tak boleh tidur janganlah mengganggu hidup orang lain. Pergilah tengok movie kat channel Astro ke? Buat penat je bayar tiap-tiap bulan tapi tak dimanfaatkan. Baldi betul!
Aku terus menekan punat off lalu mencampakkannya dibawah bantal. Puas hati aku! Tulah untungnya pakai fon cikai. Boleh campak sesuki-tapak-kaki kita je nak baling mana.
Nokia 3310. Klasik habis tu! Orang zaman sekarang ni pun takdenya pakai fon zaman batu macam aku ni. Silap-silap Makcik Jenab jiran sebelah rumah mak aku kat kampung tu pun pakai iPhone. Sobsob! Sekarang semuanya perlukan duit ma.
Selepas penat membebel sorang-sorang. Mata aku kupejamkan kembali lalu...
KKRRRUUUUHHHH!!!
Bilik tidur yang bertemakan colour White-Pink bergema dengan dengkuran padu dari dua orang anak dara yang lena dibuai mimpi masing-masing.
Oh Aaron Aziz ku…
“WOI makcik! Bangunlah. Kau nak tidur sampai pukul berapa ni? Kau tau tak kau tu dah terlepas Subuh! Bangun cepat! Kelas dah nak mulalah!!!!”
Waduh! Siapa sih yang menggaggu kosentrasi Sara Mardi yang sedang khusyuk menghafal skrip ini dong? Boleh diam enggak sih! Gua ada shooting sama itu Aaron Aziz bentar aja lagi. Waduh! Kok brising banget!!!
“Mar, bangunlah. Kau tak nak pergi kelas ke hari ni?”
Diam.
“Mar copatlah! Kita dah lambat ni!”
Diam.
“Mar…”
No responds.
“Cik Sara Mardi Binti Muhd Affendi Ibrahim!!!!!!!!!!" jeritan Shima memenuhi ruang bilik yang sememangnya sempit.
“Oh mak aku meletup-letup, dapat kahwin anak datuk, harta berkepok-kepok!!!” huih! Terkejut mak.
Shima hanya ketawa mengekek melihat reaksiku yang terkejut beruk mengalahkan beruk di hutan belantara. Hodoh sungguh rupanya!
Tak guna punya kawan! Dia gelaknya aku. Aku sedut bibir dia yang persis Angelina Jolie guna vakum baru tau. Kasi lebam seminggu biar mati kebuluran!
“Woi makcik! Kau ni kan tiap-tiap pagi muka yang comel lagi kiut-miut persis ikan duyung ni gaklah yang kena kejut anak dugong macam kau ni suruh bangun. Apsal liat sangat kau ni nak bangun hah? Agaknya kalau bom meletup sebelah telinga kau pun kau tak sedar. Apalah nasib aku dapat housemate macam kau ni. Buat susah aku je pagi-pagi kena lantunkan vokal bukan sekadar rupa aku ni untuk kau.”
Dah-dah dia dah mula dah ceramah motivasi 10 minit dia tu. Ni yang buat aku lagi mengantuk ni. Haha, landing lah kejap.
“Eh eh minah ni. Boleh plak dia sambung tidur! MMAAAAAAARRRRRRRRR!!!!!!”
Hah tu dia! Bergegar rumah teres dua tingkat ni dibuatnya. Nasib baik batu bata rumah ni bukan made in China, Thailand ke hape. Kalau tak mahunya roboh rumah ni. Dah lah sewa rumah ni belum habis bayar lagi. Tup tup dah Inalillah dah.
“Woi pompuan! Yang kau dok memekik terlolong macam mak tarzan ni apsal? Orang bukan tidurlah. Orang just landing je nak test betapa empuknya tilam kita ni. Tu pun salah ke?” ku menguis-nguis mata aku bagi memperbetulkan lagi penglihatan aku yang kabur.
“Test kepala hotak hang! Dah berzaman kau tidur berlapikkan tilam ni pun tak puas nak test lagi? Landing nak test empuk konon. Sekali aku hempuk muka kau maunya biul setahun. Terus lari litang-pukang jejaka Malaya yang nak datang meminang kau. Ni kau ni tak nak pergi kelas ke hari ni?” bidas Shima.
Amboi, nak hempuk muka aku yang macam Maya Karin kasi senget? Apa aku kisah! Buat jelah plastic surgery terus transform jadi Lisa Surihani bagus jugak huhu. Eh eh, berdosalah! Ish ish ish, idea yang ni tak boleh pakai langsung! Nampak sangat aku ni fanatik dengan filem ‘Ombak Rindu’ tu.
“Of courselah pergi. Gila apa nak ponteng. Sekarang dah pukul berapa Ma?” soal ku lemah. Malas nak bertikam lidah dengan perempuan ni lama-lama. Confirmlah dia yang menang kan?
“Hah! Tu pun satu. Dah lama kau bangun baru kau nak tanya? Mar, Mar. Apalah nak jadi dengan kau ni? Kau tau tak…”
“Ma!” lantas ku meninggikkan latunan vokalku pula. Apa? Kalau dia ingat vokal dia sama paras dengan Dato' Siti Nurhaliza, meh fight dengan vokal aku yang lunak merdu bak puluh perindu persis Celine Dion ni pulak!
Haish, pompuan ni! Pantang aku kasi peluang nak bersuara. Ada je benda nak bidas aku.
“Oops, sorry dear. Dah terbiasa huhu. Sekarang dah pukul 7 pagi tolak 30 minit tambah 1 jam dan 40 minit” jawab Shima berlalu keluar dari ruang bilik.
“Owh awal lagi. Tidurlah sekejap.” huhu bantal, come to mama!
5 minit berlalu…
“SSHHHHIIIIIIMMAAAAAAAAA!!!!!!”
“KAU ni kan. Sempat lagi kenakan aku, kan? Nasib baik kita sempat sampai. Kau patut berterima kasih kat aku yang ada lesen kereta diiktiraf dari track F1 sana tu. Kalau tak, mampus kita kena ‘get out!’ dari kelas Miss Vandra yang macam ikan jerung kebuluran dari tasik China Selatan sana tu!” rengusku geram. Pagi-pagi lagi dah buat kuiz Matematik dekat aku. Aku dahlah fail subjek tu!
“Alah, chill lah babe! Bagus apa kau dapat kawan macam aku ni. Sekurang-kurangnya kau dapat improve Mathematics skills kau. Kau pun satu, aku dah kejutkan kau sampai nak terkeluar anak tekak aku ni cakaplah terima kasih ke? Thank you ke? Arigato ke? Shei shei ni ke? Ni tak. Laginya kena sembur dengan kau adalah. Habis terpercik air liur basi, tahi gigi kau semua kat muka aku ni.” perli Shima sambil mengelap wajahnya dengan lengan baju.
Kawan dia ni bukannya boleh percaya sangat. Tadi bukan main kelam-kabut je siap. Entah-entah dia sempat mandi kerbau je tadi. Eiiiiuuu! Tak senonoh betul kawan aku sorang ni.
“Eh eh. Ni perli ke apa ni. Hello? Tumpang lalu, cucu nak beli budu. Kau ingat aku ni macam kau ke? Mandi ambik masa 2 jam mengalahkan mandi jenazah. Kalau boleh 1 botol shampu Sunsilk tu kau nak balun cuci rambut kau sorang. Tak cukup kau punya, dengan shampu-shampu aku sekali kau perabihkan. Ini sudah keterlaluan.”
Alamak! Dia dah tau ke? Aiseyhmen, pasal shampu pun boleh jadi isu. Memang kedekut Haji Bakhil betul kawan aku sorang ni.
“ Kau ni pasal shampu pun nak gaduh. Rileklah! Yelah-yelah. Nanti aku gantikan dengan shampu Carier Junior, nak? Siap dengan gajah pink rambut kuning sekali aku kasi,” cadang Shima.
“Haah yelah. Bernas sangatlah idea kau tu. Lepas tu aku suruh gajah tu pijak kau buat shampu jenama SHIMA, shampu penumbuh bulu pulak. Amacam?”
“Eii, jahat gila kau! Aku taulah aku ni kekurangan bulu. Jahat-jahat!”
Pecah keheningan petang itu dengan gelak tawa kami yang tiada langsung kelunakkannya disitu. Nilah jadinya kalau jumpa geng satu kepala, satu jiwa tapi berlainan badan.