Monday, January 14, 2013

Bab 9: Setia My Fiance



Bab 9
Tak guna punya pakcik guard! Ada pun asyik membuta je. Makan gaji buta! Nasib baik tak betul-betul buta. Kalau tak, kesian aku dengan kuliah aku yang dikatakan antara kolej yang terbaik di Malaysia hanya mampu mengupah seorang OKU sebagai pegawai keselamatan. Aku kejam? Pakcik guard tu lagi kejam! Tak nampak ke bukan main kuat aku hempuk cermin tingkap minta pertolongan. Tak cukup tangan dengan kaki-kaki sekali aku tendang cermin tu. Elok pula pakcik guard tu tukar posisi tidurnya lagi. Memang sumpah seranah aku dengan pak guard sekor ni!

Sekarang aku berhadapan dengan manusia entah siapa-siapa gerangannya. Dia kenal aku ke? Apsal aku tak kenal dia? Cucu Tok Cik aku ke? Tapi apasal aku tak kenal? Mungkin saudara jauh. Lengkuk muka macam manusia import je. Sah! Langsung takde pertalian darah dengan aku. Keturunan jawa mana ada spesis putih melepak camni. Yang ada pun macam aku ni. Tu pun putih kuning langsat je. Yang dia ni pulak dari tadi diam tak bersuara apahal. Tadi dalam kereta bukan main kuat menjerit suruh aku diam. Ada ke orang nak diam bila diculik? Logik tak logik manusia ni?

Lelaki ni pun satu. Entah apa je yang dilihatnya disebalik kaca mata hitamnya itu. Misteri bukan? Yang aku tahu dia sedang merenung aku. Sudah duduk menghadap aku sudah tentu-tentu direnungnya ialah aku. Gerun pula rasanya. Nasib baik hensem lagi-lagi janggut sejumput di bawah bibirnya. Comel sungguh! Oh sudah datang penyakit miangku. Alah macamlah dia tahu apa yang difikirkan aku sekarang.

Waiter!” panggil lelaki itu. Bersuara juga kau ye.
Waiter? Dimana sebenarnya aku? Bukan sepatutnya aku dalam store usang yang ditinggalkan seperti dalam movie? Aha, aku sekarang ada di sebuah hotel five stars yang menghidangkan masakan dari negara-negara barat yang bertaraf antarabangsa. Terkejut beruk jugak aku bila dipaksa masuk kedalam tanpa perikemanusiaan. Seorang pelayan lelaki yang segak berkemeja putih mengajak kami ke meja yang terletak agak tersorok kedudukannya. Atau senang citer, meja yang terhujung dunia sekali.

Lelaki itu begitu khusyuk dengan menunya. Cik abang oi, dalam ni tertutup dari sinaran mentari. Kok dipakainya lagi cermin mata itu? Apa buta? Hurm dua kali lima jelah dengan pak guard kuliahnya. Sama-sama takde kerja, sama-sama buta. Eh, entah-entah dia ni kawan pak guard tu. Sama-sama komplot culik anak orang berada. Ish! Tak mungkin. Tengok daripada brand pakaian lelaki ni macam mahal je. Siap belanja makan kat hotel mewah lagi apa kes? Lagipun aku bukan kaya. Papamamakedana adalah! Dah kaya nak culik orang buat apa ye dak? Hurm. Terlampau banyak berfikir naik biul kepala otak aku.

“Nak makan apa?” soal lelaki itu. Aku terkejut dengan pertanyaannya secara tetiba itu. Aku tersenyum tawar. “Pape pun boleh.” satu, dua... TIGA patah perkataan jawapan diberikan. Cukup syarat sama bilangan dengan patah perkataan soalannya. Aduh, berapa lama lagi aku nak duduk kat sini. Pukul berapa entah aku sampai rumah nanti agaknya. Mesti Shima duk membebel pasal aku.
“Ehem.” lelaki tu berdehem pulak. Apahal lelaki ni. Ajak gaduh ke hape? Eh, jangan cari naya Mar. Mahunya dia sorok pistol dalam poketnya. Mati bersemadikan kerusi kayu je kau karang. Aku menarik nafas lalu dihembuskan. “Huurm..” kedengaran.

Lelaki tersebut bangun dari sandarannya. Kini tangannya yang bersilang diletakkan diatas meja. “Uhurm!” lelaki itu berdehem lagi. Dah pulak. Memang cari gaduh betul lelaki ni. Lepas ni apa pulak. Aharm? Allahyarham? Ohorm? Oh hohoho Merry Christmas! Tu dah jadi Santa Claus versi hensem. Aku buat tidak dengar sahaja. Dah tahu sakit tekak tu telanlah hacks sebiji, dua biji, ke sepuluh biji kasi cepat pengsan biar berangin buurrr gitu.

Selesai makan, keadaan sepi seperti sebelumnya. Sekurang-kurangnya waktu makan tadi ada juga bunyi ting ting sudu garpu berlaga. “Awak memang bisu eh?” kata lelaki tu selambe hensem camtu. Aku terkejut bukan kerana takut disergah tapi lebih kepada geram. Suka hati dia je nak kata aku bisu. Aku menyabarkan hati. Kemudian, lelaki itu melemparkan senyuman yang... alahai tergoda hambamu ini, sembah patik harap  diampun. Hish! Melalut sudah kau ni Mar.

“Saya tahulah saya hensem tapi tak payahlah nak show off sangat muka terpegun awak tu. Tapi takpe. Saya dah biasa.”kata lelaki itu selambe hensem lagi dengan senyuman sumbing tahap perasan. Mengapa perlu penambahan hensem disitu? Okey sekarang tak hensem dah, tapi ANNOYING!

“Hensem ke? Annoying adalah.” Tanpa sedar aku terluah kata-kata yang hanya patut didengar oleh hati aku sendiri. Aku menggigit lidah.

Kelihatan lelaki itu terkejut dengan kataku dari gerakkan tubuhnya. Alamak, habislah aku! Hanya seketika, suara deraian orang ketawa kedengaran.
Hah. Dia ketawa? Apa aku buat lawak ke tadi. Bukan patutnya dia rasa marah. Betul tak betul orang ni?

“Awak ni kelakarlah Sara. First time tau perempuan kata saya macam tu.” Lelaki itu menyambung semula ketawanya. Wow, interesting! Lelaki ni tahu nama aku. Rasa macam orang ternama pula.

“Awak ni dah kenapa tergelak-gelak macam orang tak betul?” marahku. Dah macam kenal lama pulak kitorang ni. Padahal kitorang berjumpa pun atas kes jenayah yang disengajakan oleh lelaki ini.

Saki baki ketawa cuba diredakan. Penat ketawa, dicapai gelas berisi air kosong disisi mejanya. Lega.  Lelaki itu menghadap Sara Mardi semula dengan senyuman yang tak lekang dibibir. Wajah di rapatkan lagi kearah Sara Mardi. Sisa air yang diminumnya dari bibir mengalir mengenai janggut sejumputnya lalu menitik jatuh. Wah, seksi banget! Kalau macam nilah, hari-hari kena culik pun takpe kalau dapat menghadap makanan sedap-sedap dan encik penculik yang  macho lagi stylo camni. Haish, memang parah kau ni Mar.

“Alahai Sara. Takkan bakal tunang sendiri pun tak kenal?” lelaki itu memberi hint yang sudah terang lagi bersuluh jawapannya. Hanya tinggal untuk pengesahan sahaja. Sara Mardi terkejut. Tunang? Aku menilik muka lelaki itu sedalam-dalam yang mungkin. Tunang aku? Dia tunang aku ke? Janggut sejumputnya aku rentap. Lelaki itu mengerang kesakitan. “Itu yang betul punyalah!” marah lelaki itu. Aku melepaskan janggut sejumputnya. “Err sorry.” Kemudian aku merentap pula misainya. Ahah, misai palsu! Cermin matanya pula ku rampas.

Sah! Ini dia. Aku terkedu. Mata kami bertentangan membawa rama-rama bahagia berterbangan. Cuma seketika, api yang dijinak kini mula membara membakar segala bengang yang ada. Argh! Tak guna! Tak guna!

Tak guna punya Shafiq Haiqal!!!


“Shafiq Haiqal! Dasar sengal! Awak ni takde kerja lain ke nak buat daripada buat orang lain takut tahap nak terkucil aku dalam kereta tadi? What’s on your mind, bro?” marah aku meminta penjelasan. Seriously, kalau tak fikir aku ni kat mana sekarang maunya terbalik meja ni dilambung, ditebar buat roti canai.

Shafiq Haiqal hanya tersenyum menggoda. Sorry young man, it’s quiet not handsome anymore. Keep it!
“ Jangan cepat marah you. I sahaja nak buat surprise untuk bakal fiance I ni. Surprise tak you? I sahaja masukkan sedikit babak suspen kasi lebih thrill lagi. Baru nampak real meletop gitu!” Tangannya di angkat kemudian pantas didepakan seperti ada bom meletup di situ. Apa ke bangang sangat punya taktik!
“Holla, Mrs Amigos. Awak mesti mempunyai masalah otak yang sangat serius disitu. Saya nasihatkan awak supaya berjumpa dengan pakar doktor yang terbaik didunia agar wayar yang terputus dalam kepala awak yang tingtong itu segera dibaiki. Apa punya taktik yang awak pakai. Or awak dah kehabisan idea untuk mengorat saya.” Ngorat aku? Cit, dey minachi. Kau yang tergoda dengan dia tadi.
“Eh, tak payah ngorat pun dah nak tunangkan? Lagi senang. Lepas tu terus kahwin.” Lelaki tu mengangkat kening kanannya. Aku menelan air liur. Kahwin? Huwargh! Apa yang kau fikir setan!
“Wait. Siapa nak kahwin dengan awak? Bertunang pun saya tak rela ni kan pulak kahwin. Girlfriend awak yang berduyun-duyun habis satu kitab menackle awak hafal nak dapat tu awak nak campak mana? Nak kahwin, kahwin jelah dengan dorang. Jangan libatkan saya.”
“Dorang tu spare part saya je. Tapi awak lain. Awak main coursenya. Sedap. Manis, lembut dan pedasss... rasanya. Susah nak dapat spesies macam ni.” Perkataan pedas di panjangkan desirannya.
“Whatever Mr. So whoever. Hari semakin lewat dan saya nak balik.” Sara Mardi menjinjing beg tangannya. Kerusi kayu berukiran bunga ditolak kebelakang. Kaki melangkah ingin berlalu. Teringat akan sesuatu, langkahnya terhenti. Badannya dipalingkan ke arah Shafiq Haiqal. “By the way, saya ni bukannya biadap sangat. Masih tahu adab dan sopan. Thanks for the food. Sedap sangat.” Badan dibongkokkan paras lutut. Lebih afdhal sekiranya di sujud terus.
“Nak rasa lagi jangan malu-malu jumpa saya. Saya sedia membelanja.” Pesan lelaki itu. Langkah Sara Mardi dipercepatkan tahap kelajuannya. Ni kali terakhir aku makan dengan mamat ni. Lepas ni, tak akan!
Mata Shafiq Haiqal menyoroti langkah Sara Mardi sehingga bayang gadis itu hilang dari pandangan. Haih, jual mahal pulak perempuan ni. Nasib baik comel. Shafiq Haiqal tersenyum sendiri.

Thursday, November 8, 2012

Bab 8: Setia My Fiance


Bab 8
Please Mar, sekejap je. Sampai bila awak nak terus melarikan diri dari saya. Walaupun awak cuba mengelak macam mana sekali pun, selagi saya masih bergelar pensyarah awak, awak tetap akan bertembung dengan saya.” Azwan terus mengejar Sara Mardi, cuba menyaingi langkah wanita yang dipujanya itu.

Sara Mardi tidak mengendahkan kata-kata Azwan. Dia benci lelaki itu. Mengapa perlu mendambakan cintanya walhal Azwan sudah pun berumah tangga. Dia tidak mahu menjadi orang yang ketiga, memusnahkan rumah tangga orang lain yang sudah lama terbina. Walaupun masih ada kasih untuk lelaki itu, tapi dia bukan insan seperti itu! Dia juga punya maruah dan dia harus pertahankan maruahnya.

Azwan mengeluh apabila reaksi yang diterimanya hanyalah hampa. Walaupun penat mentawaf satu kuliah itu, namun dia masih setia mengikuti langkah Sara Mardi kemana sahaja yang dituju, kecuali bilik yang mempunyai orang lidi berskirt pink. Nasib baik waktu ini ramai pelajar sudah pulang. Kesempatan yang ada  tidak mahu dilepaskan Azwan untuk memujuk Sara Mardi agar kembali pada pangkuannya.

Bertapa seksanya dia menahan rasa rindu terhadap gadis genit bertudung ini. Setiap kali bangun dari tidur dia berharapkan Sara Mardi yang berada disebelahnya. Sentiasa disisinya, menjaga makan minumnya, pakaiannya, serta bersama-sama mengharungi detik-detik bahagia bersama anak-anak mereka. Itulah yang pernah diangan-angankan mereka suatu ketika dulu. Namun semuanya telah ditakdirkan Allah untuk dirinya. Raina yang sebelum ini dianggap kenalan biasa pula yang mendiami tempat khas yang sepatutnya menjadi milik Sara Mardi

Jangan kata sarapan, sekeping roti pun tidak pernah disediakan Raina untuknya. Azwan sudah bersiap segak untuk pergi ke kerja, Raina pula masih enak berlingkar  diatas katil mereka yang empuk itu. Kadang-kadang sampai Azwan sudah pulang dari kuliah pun posisi tidurnya masih sama. Makan minum serta pakaiannya tidak diurus seperti mana seorang isteri patut lakukan. Adakah wanita seperti ini ingin dijadikan isteri? Azwan betul-betul menyesal atas segala yang berlaku. Sepatutnya dia lebih peka dengan permainan yang telah dirancang Raina.

“Mar, jangan buat saya macam ni. Takkan takde langsung sekelumit kemaafan awak untuk saya. Saya tahu saya bersalah tapi awak tak boleh menghukum saya seorang sahaja. Benda ni berlaku tanpa dirancang. Saya tahu agak sukar bagi awak untuk percaya kata-kata saya ini, tapi please... saya meayu kepada awak tolong kembali kepangkuan saya. I really really love you.” Azwan meraih lengan Sara Mardi. Dia tahu tindakkannya akan membuatkan Sara Mardi lebih marah. Tapi hanya cara ini yang mampu dia fikir buat masa sekarang.

Sara Mardi terkejut dengan tindakkan berani Azwan. Dia ni dah gila ke? Sara Mardi cuba melepaskan lengannya dari cengkaman Azwan namun cengkaman lelaki itu begitu kejap. “Azwan! Lepaskan saya. Awak tahu tak awak dah melebih. Lepaskan, lepaskan!” Sara Mardi terus menjerit.

“Saya akan lepaskan awak kalau awak berhenti melarikan diri dan dengar apa yang sepatutnya saya jelaskan kepada awak, sekarang!” Azwan tidak mengendahkan pekikkan Sara Mardi. Walaupun tahi telinganya hampir cair mendengar pekikkan persis Mak Tarzan  itu, Azwan sanggup menadahkan telinganya asalkan Sara Mardi sanggup mendengar penjelasannya.

Setelah sekian lama berusaha melepaskan lengannya, ditumbuk, ditendangnya Azwan namun lelaki itu tidak mudah mengalah. Pegangannya semakin kejap membuatkan lengannya terasa sakit. Apalah sangat nak dibandingkan kudrat seorang wanita yang ada pada dirinya. Akhirnya Sara Mardi akur.

Fine! Just let my arm goes first. Sakit tahu tak?” Azwan tersenyum puas. Dengan perlahan-lahan Azwan melepaskan cengkamannya. Sara Mardi segera merentap lengannya lalu diusap. Pedih.

Jatuh kasihan pula lelaki itu terhadap Sara Mardi. Kuat sangatkah cengkamannya hingga menyebabkan wanita itu kesakitan? “Awak, awak okey ke? Err sorry, saya tak bermaksud pun. Biar saya tengokkan.” Azwan maju kehadapan untuk memeriksa lengan Sara Mardi. Jika Sara Mardi kesakitan, dia turut merasakan perkara yang sama.

“Eh, nope! Jangan berani-beraninya awak nak sentuh saya, kita bukan muhrim. Kalau awak tak nak jaga air muka awak sebagai seorang pensyarah yang terhormat disini, tolong jaga air muka saya sebagai pelajar yang masih pegang status dara di kuliah ini.” Sara Mardi memberi amaran keras buat lelaki dihadapannya ini. Suka-suki dia je nak sentuh-sentuh aku macam aku ni bini dia.

Azwan membatalkan niatnya itu. Dia tersenyum tawar lalu mengangguk tanda akur. Dia prihatin terhadap Sara Mardi, tapi statusnya sebagai suami orang dan bukan muhrim Sara Mardi membataskan segalanya.

Setelah kesakitan di lengan Sara Mardi kian berkurangan. Sara Mardi menghadap tubuhnya kearah Azwan. Tangannya disilang paras perut dan matanya merenung tajam kehidung Azwan. Pelik. Mengapa perlu hidung yang direnungnya? Orang kata, dari mata jatuh ke hati. Perkara itu yang harus dielaknya. “ Hah, apa yang awak nak jelaskannya sangat tu? Saya nak awak terangkan dengan teliti why, who, what, where and how kepada saya dalam masa 5 minit bermula sekarang.”

Azwan menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Aduh, sudah! Tadi beria-ria sangat nak terang. Bila dah berhadapan macam ni terkunci mulut kau, ayat yang dah lama disusun berterabur semula, otak pulak dah tak mampu berfungsi dengan jayanya.

“Err... citernya camni.. err..” Argh! Aku nak terang yang mana satu dulu ni?

“4 minit.”

“Eh, mana aci camni! Tak sampai satu minit pun awak...”

“3 minit!” Sara Mardi menguatkan suaranya. Dia sudah mula bosan dengan gelagat Azwan. Tergaru-garu macam beruk.

“Okey-okey! Citer macam ni..” Azwan menarik nafas sedalam-dalamnya mengumpul semangat di dada.

“Hubungan saya dengan Raina tidak seperti apa yang awak nampak tempoh hari. Saya pun tak tau macam mana perkara ini boleh berlaku. Perkara ni berlaku diluar sedar saya. Yang saya tahu...” belum sempat Azwan menghabiskan pencakapannya, “Prof Azwan!” Kelihatan Seorang lelaki yang berusia dalam lingkungan 40an berlari kearah mereka. Prof Ammer rupanya. YaAllah terima kasih YaAllah kerna kau menghantar seorang penyelamat buat aku walaupun kelihatan berusia tanpa sebarang costume bercawat dan segalanya. Sara Mardi mengeluh lega.  

Haih, orang tua ni. Waktu-waktu ni jugaklah dicarinya aku. Macamlah aku sorang je prof dalam kuliah ni. Azwan merengus geram. “Dekat sini rupanya prof. Hah, Mar pun ada. Sorrylah ganggu perbincangan awak berdua, but if you dont mind, boleh saya bercakap dengan awak sekejap Prof Azwan. Important case!” Renung Prof Ammer kearah Sara Mardi dan Azwan.

“Oh sure Prof Ammer. Kami pun just bual-bual kosong. Takde hal penting pun.” Potong Sara Mardi sebelum Azwan mula memberi alasan untuk berlama-lama bersamanya.

“Oh, dah lambat ni! Saya pergi dulu ya Prof Ammer. Saya dah janji dengan Shima nak bincang tentang assignment yang prof kasi temph hari. Nanti tak siap prof marah pulak.” Sambung Sara Mardi. Dia memang ada janji dengan Shima. Atau lebih jelas lagi, dia mahu segera angkat kaki dari sini. Melihat muka Azwan yang tidak berapa senang itu membuatkan Sara Mardi ketawa diam. Pandan muka!

“Wah, bagus bagus! Awak memang seorang siswi yang rajin. Tak hairanlah setiap kerja yang kami bagi awak dapat menyiapkannya dengan cemerlang sekali. Teruskan usaha awak.” Prof Ammer memuji semangat yang ada pada Sara Mardi. Kembang kuncuplah jadinya hidung Sara Mardi. See the leg lah.

“Saya pergi dulu prof Ammer. “ Sara Mardi melemparkan senyuman yang manis buat profnya, Prof Ammer sahaja. Yang lagi sorang tu boleh belah!

Sara Mardi berlalu dengan senyuman kemenangan. Yeah! Aku bebas! Jeriitnya dalam hati seperti banduan yang baru terlepas dari ikat jamin. Tanpa Sara Mardi sedar, seseorang telah memerhatikan samarinda mereka sebentar tadi tidak jauh dari tempat mereka berdiri. Siapakah insan itu? Manusia itu hanya tersenyum sinis. Hurm, senanglah kerja aku lepas ni.


“TAK BOLEH KE KAU sambung kerja ni sesok ke? Dah senja ni. Kau serius ni Mar?” Shima meminta kepastian Sara Mardi yang kelihatan khusyuk menelaah buku setebal 10 inci tersebut.

“ Ya, betul. Kau jangan risaulah, lagi sikit je ni. Teksikan banyak kat bus stop tu. Nanti pandai-pandailah aku tahan. Jangan risau, okey? Aku kan dah besar.” Kata-kata Sara Mardi masih tidak mampu meredakan kerisauan Shima.

“Tu pun kalau kau bernasib baik jumpa dengan pemandu yang berkhemah. Maunya kau jumpa yang hemmmph camne?” Shima menakut-nakutkan Sara Mardi dengan membuat mimik muka. Sara Mardi tergelak melihat muka Shima yang miang seakan-akan menggoda.

Haha, kalau mukanya macam ni nafsu tak sempat panas dah kena sepak kaw-kaw dengan aku.” Kata Sara Mardi dalam tawa. Shima mencebik. Apa tak menjadi ke muka aku. Shima meraba-raba mukanya.

“Hurm, yelah. Dia je cantik kita ni tak. Dahlah aku nak balik ni. Kau nanti balik cepat. Assignment tu lambat lagi nak hantar, tak payah nak terburu-buru sangat siapkan. Di jalan raya, patuhi undang-undang negara. Pandang kiri dan kanan dulu baru lintas bukan main jalan suka hati kau bila kona. Ingat, berhati-hati di jalan raya.” Pesan Shima panjang lebar. Macam kakak dari kempen jalan raya je minah ni.

Yess makcik! Dah go go. Shuh shuh!” halau Sara Mardi. Nak balik tu balik jelah. Sempat pulak kasi taklimat free kat sini. “Amboi, menghalau nampak.” Shima menampar bahu Sara Mardi, dengan segeranya dia melarikan diri sebelum sempat Sara Mardi melancarkan serangan buku 10 incinya.

“ Bertuah punya budak!” Marah Sara Mardi yang masih dalam sisa tawanya.

Sara Mardi menyambung semua kerjanya yang tergendala tadi. Pelajar lain juga kelihatan khusyuk memilih buku yang ingin digunakannya. Lupa pula dia bahawa dia berada dalam perpustakaan. Patutlah ramai sahaja yang menghadiahkannya renungan maut tadi. Memang kalau dah gaduh dengan Shima terus lupa Sara Mardi dimana dia berpijak sekarang.

Melihat bilangan pelajar yang semakin berkurangan, Sara Mardi menutup buku dan mengemas alatannya. Dia menguap. Harrrgh, siap jugak assignment aku, lepas ni tak payah pening-pening kepala fikir assighment tak siap. Semuanya beres! Dalam kesibukkan memasukkan barang dalam beg, seorang siswi junior menegurnya.

“Assalamualaikum kak. Akak ni, Sara Mardi kan?” tanya junior itu meminta kepastian. Sara Mardi kehairanan. Siapa perempuan ni?


SARA MARDI mencekak pinggang. Matanya ditala melihat jam tangannya yang menunjukkan jam 3 petang. Sabar jelah aku. Janji pukul 2, masalahnya batang hidung pun tak nampak. Hurm! Inilah janji Melayu. Tak pernah ditepati. Sara Mardi tekad untuk menunggu 10 minit lagi. Kalau masih tidak muncul, aku belah!

Kata siswi itu dia merupakan pelajar baru disitu. Dia tidak tahu selok belok kuliah ini. Jadi dia meminta pertolongan Sara Mardi pada hari ini untuk menjadi pandu arahnya. Patutlah tak pernah tengok, tapi kalau tak silap dia baru minggu lepas berlangsungnya sesi sual kenal antara pelajar senior dan junior. Tak nampak pula wanita comel yang berkulit hitam manis itu antara junior-junior yang hadir. Mungkin aku je yang tak perasan.

Tunggu punya tunggu 15 minit pun telah berlalu. Sah dia tak datang. Menyesal dia menolak perlawaan Shima mengajaknya tengok wayang hari ni. Sara Mardi mengeluh. Buang masanya sahaja. Mungkin dia lupa, sibuk sangat kut. Sara Mardi cuba menyedapkan hatinya. Hurm, takpelah mungkin lain kali. Kakinya diangkat untuk melangkah pergi, tiba-tiba sebuah kereta Progeun berwarna hitam berkilat berhenti di sebelahnya. Sara Mardi tergamam. Pergh! Cantik tu. Sara Mardi melihat kereta yang berhenti betul-betul disebelahnya ini. Ini maunya aku kerja gaji 10 tahun simpan pun tak terjamin lagi mampu bayar pendahuluan untuk beli kereta ni.

Pintu kereta terbuka. Muncul seorang pemuda berkaca mata hitam yang segak berkot kulit sedondon dengan seluar tightnya. Siapa tu? Lain macam je aku tengok lelaki ni. Takkanlah...

“Masuk!” kata lelaki tersebut. Lelaki itu menolak tubuh Sara Mardi agar masuk kedalam kereta.

“Hei! Kau siapa hah? Suka suki kau je nak suruh aku masuk. Tak nak! Tak nak! Hei, lepaslah!” Sara mardi memberatkan badannya. Tangannya melekap di cermin kereta mengelak daripada terdorong kedalam. Pemuda tersebut menekup mulut Sara Mardi. Kalau orang lain dengar, habis rancangannya. Setelah beberapa minit berperang di pintu kereta, akhirnya Sara Mardi berjaya disumbatkan kedalam perut kereta. Boleh tahan kuat jugak perempuan ni. Habis lebam-lebam badan aku di tumbuknya.

Tanpa berbuang masa, pemuda tersebut masuh kedalam perut kereta bersebelahan Sara Mardi. Enjin kereta dihidupkan, bergerak meninggalkan perkarangan sekolah.


Wednesday, November 7, 2012

Bab 7: Setia My Fiance


Bab 7
Shafiq Haiqal. Apa yang dilakukannya pun tak tahulah. Ada saja perangai miangnya hendak dibuat. Mentang-mentang hari ni ramai student junior menjalani sesi pendaftaran kemasukkan untuk semester kali ini. Mulalah nak cucuk jarum dengan jarum superb sharp yang diasahnya khas untuk hari-hari begini.
Call I tau. I surely will pick up my phone kalau you yang call.” Cucuk Shafiq Haiqal lagi.
Junior tu hanya tertunduk malu. Namun, masih sudi melayan sikap miang Shafiq Haiqal. Dah cairlah tu.
Shafiq Haiqal tersenyum nakal. Haih, stock baru dah mai dah. Haha, barang diimport takkan nak tengok je. Mestilah kena usap, belai dan manfaat sebaiknya. Tapi kalau bab menjaga, sorry to saylah.  So not me!
Shafiq Haiqal melepaskan rangkulannya dari bahu gadis itu. Sempat lagi dia melayangkan flying kissnya yang entah keberapa kali dilakukan dalam hidupnya tanpa memikirkan hati gadis yang merasa. Dan akhirnya terluka.
Shafiq Haiqal berjalan menuju ke arah geng motor yang terletak berhampiran kafeteria. Disitulah port lepak mereka dalam kuliah. Shafiq Haiqal bertegur sapa dengan kawan-kawannya. Atau lebih tepatnya, give me five bro! Haiyoyyo, dengan bertumbuk-tumbuk bahu. Kononnya dapat melatih kemantapan bahu.
Yo what’s up! Muka banyak punya manis walaupun dah masuk tengah hari. Apa cer bro? Ops cup cup! Let Pak Nujum Pak Alan guess. Hurm, muka tu angkuh hidung terpacak kukuh mengalahkan pinochio. Mencekak pinggang bagai budak rajin mendapat anugerah kecemerlangan. Hah! Pak cik tau! Jerat tangkap goda mengena ye cik abang? Siapa pulak mangsa kau kali ni Fiq?
“Oh so sweet of you! You seriously consider of me. Oh, hopefully I was a girl. Loving you as much you loving me, abang Alan.” ngayat Shafiq Haiqal. Matanya dikerdip-kerdip gaya budak menggedik.
Menggeletar badan Alan dibuatnya. Bulu roma tak payah cakaplah, bukan setakat terpacak je. Terkulai layu terus dari tempat ia mula tumbuh bila dengar ayat tanpa lapik dari Shafiq Haikal.
“Eh Fiq. Kau patut beruntung tau kau tu lelaki. Kalau kau tu dilahirkan perempuan, maunya aku jadikan kau awek aku. Rupa tu dah ada dah jambunya. Plus dengan kemahiran menggoda kau memang mengancam habis!”
Pujian Alan hanya disambut kekekkan dari Shafiq Haiqal. “Kau gay ek Alan? Eii, Alan gay, Alan gay, Alan gay. Woi siapa nak tau Alan gay siot! Hahaha!” laung Shafiq Haiqal.
“Woi, mulut tak makan saman. Kalau aku ni gay, Anita tu siapa? Cakap tak pakai otak. Nanti habis Anita lari tak nak dengan aku lagi.” Rengus Alan. Kecik hati ke mamat ni?
“Aku memang tak makan saman, baru tau ke. Aku makan nasi je. Alah tak payah nak buat drama pujuk memujuk plak kat sini. Semacam je aku rasa errr. I’m sorry, okey? Setakat Anita sorang tak luak mana pun.”
“Kau ni kan aku tarik jugak jambul karat kau kasi botak baru tau. She my precious! Sejahat-jahat aku pun,  sampai soal hati aku jujur tau. Tak macam kau, bertukar pasangan macam transfomers. Tak setia langsung!” Shafiq Haiqal terkedu sebentar mendengar perkataaan ‘setia’ dari mulut Alan.
Alamak tersentap plak ke mamat ni? Kata tak makan saman. Makan nasi je.
“Kenapa ni bro? Sorrylah, teruk sangat ke aku marah kau. Chill lah, kita kan dah biasa berjoke-joke macam ni. Joking is caring ma.”Alan mula memujuk. Betullah kata Shafiq Haiqal, geli pulak pujuk memujuk sesama lelaki ni. Semacam je.

“Mana peribahasa Inggeris kau rembat ni Alan. Tak pernah aku dengar sebelum ni. Tak ada papelah. Betul apa yang kau cakap tu. Aku bukan jenis yang setia. Sampai arwah Amirah pun tinggalkan aku sebab tak tahan dengan perangai pelesit aku ni. Kau tengoklah, sampai dia dah meninggal pun perangai pelesit ni tak mahu berenggang dengan aku. Menjadi-jadi lagi adalah.”hati Shafiq Haiqal dihambat rasa sayu.
 Alan mengetap bibir. Mulut jahat, mulut jahat! Marah Alan sambil menampar-nampar mulutnya sendiri. Bukan dia tak kenal dengan arwah Amirah. Orang yang amat disayangi oleh sahabatnya sorang ni. Peristiwa 5 tahun dahulu mula berlegar-legar di fikiran Shafiq Haiqal.

“Err, sorry bro. Aku... aish! Cakap pun main lepas je. Okey aku janji takkan cakap pasal hal ni lagi. Promise!” Alan turun dari motorbikenya lalu mengangkat ikrar gaya lelaki sejati. Tegak dan berani.
Shafiq Haiqal tersenyum melihat gelagat kawannya sorang ni. Ingat macholah buat macam tu.
“Dahlah wey. Its okey. Sentap-sentap ni bukan prinsip hidup Shafiq Haiqal beb! Hurm, memandangkan perut aku dah berdangdut goyang Inol ni, apa kata kita pergi santap pape kat kafeteria. Lapar kot!” Shafiq Haiqal cuba menukar topik. Dia tidak mahu dirinya kelihatan sebagai lelaki lemah. Dia harus kuat! Yeah! Aku seorang lelaki yang tabah, tampan lagi hot! Dia segera berlalu tanpa menunggu Alan yang terkial-kial mengunci motorbikenya.
“Woi tunggulah aku. Apahallah dengan mamat sekor ni. Kejap okey, kejap tak okey. Ish! Macam perempuan, naik menyampah I! Huh!”rengus Alan geram. Namun, Alan tahu. Jauh disudut hati Shafiq Haiqal perasaan kesal, sedih, kecewa semua bercampur baur menjadi satu perasaan yang menyesakkan jiwanya.


MUKA cengkung, mata sembam. Tanpa secalit lipstik mahu bedak di wajah membuatkan Sara Mardi kelihatan seperti mayat hidup yang merayau-rayau sekitar kuliah mencari mangsanya. Air fresh orange yang dipesannya tadi langsung tidak diusiknya. And... what is that? Shima menyepetkan matanya untuk zoom dengan lebih dekat benda yang bergayut di celah-celah mata Sara Mardi. 
Oh my god! Tahi mata ke tu. Iyak! So digusting punya kawan. Patutlah ramai je tenung menenung kitorang tadi. Terkejut gak aku tetiba kitorang dapat perhatian yang agak memberangsangkan waktu berjalan depan geng mat rempit, mat motor and mapelay tadi. Dia ni betul-betul dah menjatuhkan imej aku.
“Mar, whats wrong with you huh? Kau nampak sangat-sangat tak sihat. Takkan aku baru balik Pahang 2,3 hari kau dah rindu kut. Sobsob kau memang kawan sejati. Oh, terharunya aku.”Shima cuba menarik perhatian Sara Mardi dengan lawak seposennya tu. Namun, babak seposennya hanya mendapat reaksi 5 sen sahaja daripada Sara Mardi. Ni memang dah kes teruk ni!
“Err Mar, tak lawak ek? Apsal diam je dari tadi? Cer citer ngan aku. Apa masalah kau sebenarnya ni?” Melihat lawaknya tidak disambut, Shima mula beriak serius. Tangan kanan diletakkan diatas bahu Sara Mardi lalu diusap.
Sara Mardi melepaskan keluhan berat.
“Ma, aku bukan tak nak bagitau kau tapi.. aku rasa nak berkongsi dengan orang lain buat masa sekarang is not the right time. Aku pun baru tahu pasal ni semalam. Perkara ni terancang tanpa pengetahuan aku! Semalaman aku tak dapat tidur sebab memikirkan perkara ni. This are so not fair!” Dumm! Sara Mardi menghentak meja. Shima tangkas menahan apabila mendapati Sara Mardi ingin menghentak meja itu lagi.
“Eh eh, calm down Mar! Binasa meja ni kau buat nanti. Tak meja ni, tangan kau yang kena simen nanti. Pelik aku, ada masalah je nak hempuk meja, ada masalah je meja jadi mangsa. Cubalah tukar sikit tradisi yang kian lapuk dah berhabuk ni.” Shima mengusap-usap meja yang kian terserlah keretakkannya. Apalah nasi kau meja, di hempuk-hempuk oleh manusia disekeliling kau.
“Habis tu nak aku hempuk kau pulak?” buku setebal 10 inci diangkat tinggi sudah bersedia untuk dihempuk Shima oleh Sara Mardi. Shima segera mengangkat tangan sebagai benteng pertahan. Biarkan tangannnya dicalar-balarkan, tapi bukan wajahnya.
“Bu..bukan tu maksud aku. Maksud aku, cubalah buat aktiviti yang boleh buatkan kau lupa masalah ni dengan perkara yang berfaedah macam mutualism, bukan parasitsm. Merosakkan harta awam, Apa yang kau dapat? Sebelum apa-apa pun, apa kata kau habiskan makanan kau supaya perut kau kenyang dan meja tu pun senang sebab dah melaksanakan tugasnya sebagai tempat kau makan, okey.” Shima memujuk Sara Mardi agar lebih tenang. Melihat Sara Mardi yang kian beransur angin kus-kusnya Shima meleraikan tangannya yang lenguh. Fuhh, selamat tangan aku.
Apa yang dirungsingkan Sara Mardi? Ditanya tak mahu pula dibagitau. Bersabar jelah Sara Mardi, aku hanya mampu berdoa agar masalah yang dihadapi kau sekarang menemui jalan penyelesaian yang membawa kebahagiaan kau meskipun aku tidak mengetahuinya. Shima tersenyum lalu menyambung semula makan apabila Sara Mardi mula menunjukkan seleranya. Bersabarlah Sara Mardi...

“BRO ko biar betul? Takde keje lain ke kau nak buat selain keje ni. Tak rasa kau melebih sangat ke? Mangsa kau kali ni... ish, tak sesuailah untuk kerja part time kau ni.” Izzul tidak berpuas hati.
“Betul tu Fiq, aku tau kau dah biasa dengan keje-keje camni. Baru tadi kita bincangkan hal ni, takkan tak sampai 2 jam kau dah buat perangai balik.” Alan pula menyampuk.
Huh! Apa korang tau. Ni melibatkan maruah aku sebagai anak jantan. Anak dato’ kaya raya yang mempunyai banyak anak syarikat dalam negara mahupun luar negara pun aku dapat tundukkan, ni kan pula budak kampung apalah sangat. Senang jelah aku nak handle.”
Shafiq Haikal teringat semula perbualannya bersama Izzul dan Alan di kafeteria petang tadi. Bertungkus lumus Izzul dan Alan menasihatinya, kerana prinsip punya pasal segala risiko ditolak tepi. Dia benar-benar tercabar dengan kata-kata geng Taiko sebentar tadi.
Lu kata lu hebat sangat. Setakat kekasih dah mampuih menangis menggogoi-gogoi macam anak dara. Ops, soli wa lupa lu ni teruna lagi ka? Hahaha! Tak payah jadi anak jantan setakat bercintan-cintan sms jiwang-jiwang bila putus isap lu punya jari ibu.”
Damn! Kau tak kenal aku siapa Taiko. Sekali aku kata aku buat, aku buat hingga ke penghujungnya. Biar kau kenal siapa sebenarnya Shafiq Haikal Dato’ Syazlan Muzaffar, kasanova yang terkenal dengan prinsip ‘never don't dare’. Mungkin kedengaran pelik sikit namun kerana prinsip itulah aku jadi kasanova yang memegang status single but available yang berjaya sekarang. Angan-angan Shafiq Haiqal terhenti apabila ketukkan pintu biliknya kedengaran.
“Tuan Shafiq, bapaknya panggil di bawah.” Beritahu bibik rumahnya. Shafiq Haiqal segera bangun dari pembaringan. “Bilang sama ayah kejap lagi Fiq turun.” Bibik angguk tanda faham lalu berlalu pergi.
Sampai sahaja dibawah, Shafiq Haiqal melabuhkan punggungnya diatas sofa berhadapan dengan Dato’ Syazlan Muzaffar yang sibuk membaca surat khabar. Dia menanti kalimah yang bakal dituturkan ayahnya.
Datin Murniah menuju ke ruang tamu dengan menatang dulang yang berisi teh dan beberapa potong kek yang masih panas menarik deria bau Shafiq Haiqal untuk menjamahnya.
“Fiq, takkan tengok je. Makanlah. Kek tu baru je keluar dari oven. Nanti sejuk krimnya keras pula. Fiq kan suka makan kek krim cair-cair camtu.”pelawa Datin Murniah dengan memotong sepotong kek untuk Fiq.
Mendarat sahaja kek di atas pinggannya Shafiq Haiqal segera mencuit kek tersebut lalu dikunyah dengan penuh nikmat. “Kek Datin Murniah terbaik!” Shafiq Haiqal mengangkat kedua-dua ibu jarinya tinggi.
Datin Murniah menggeleng-gelengkan kepalanya. “Waktu mulut penuh jangan bercakap, habis tempias sampai sini. Sudu ada kenapa tak guna?” Shafiq Haiqal tersenyum sumbing dan bahunya dihinjut-hinjut tanda tidak mengerti.
Dato’ Syazlan Muzaffar yang leka membaca melipat surat khabar tersebut lalu merenung tajam ke arah Shafiq Haiqal. Hurm, usia sahaja matang tapi manjanya mengalah budak 6 tahun. Macam mana nak jadi suami orang kalau camni.
“Fiq, ayah ada benda nak cakap dengan Fiq ni. Ayah dengan ibu dah bincang perkara ini dan kami sudah sebulat suara bersetuju untuk melaksankannya. Ayah harap Fiq dapat melaksanakan permintaan kami walaupun ianya agak terburu-buru bagi seorang remaja yang berumur 21 tahun seperti Fiq.”
Shafiq Haiqal menelan air liur yang terasa pahit untuk ditelan. Kelihatan perkara yang bakal dibincangkan mereka malam itu kelihatan serius. Haih, ni yang buat aku cuak. Ayah aku ni terlampau banyak dengan kejutan. Nasib baik aku takde sakit jantung kalau tak mahunya dah lama arwah.
“Permintaan apa ayah? Ibu, apa yang dah disebulat suara tanpa pengetahuan Fiq ni? Hurm, ayah?” Shafiq Haiqal sudah tidak senang duduk. Badannya terasa mula melekit semula padahal dia baru sahaja lepas mandi. Kediaman itu mula terasa bahangnya walaupun telah dilengkapi dengan penyaman udara.
“Kami nak Fiq.....”



Heart Chat Bubble